Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jangan jadikan perbezaan politik punca perpecahan
Published on: Monday, May 19, 2025
Published on: Mon, May 19, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jangan jadikan perbezaan politik punca perpecahan
JOACHIM (tiga dari kanan) dan Limus (dua dari kanan) memotong padi sebagai simbolik perasmian majlis itu.
KUALA PENYU: Rakyat Sabah diseru supaya tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai punca perpecahan, sebaliknya terus memperkukuh perpaduan demi kemajuan dan kestabilan wilayah ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, berlainan ideologi politik perkara biasa dalam sistem demokrasi, namun ia tidak seharusnya menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

Advertisement
“Perbezaan pandangan politik tidak wajar menjadi punca berpecah belah. Rakyat Sabah harus bersatu kerana hanya dengan perpaduan kita mampu mencapai kemajuan dan mempertahankan hak serta kepentingan Sabah.

“Muafakat yang telah lama diamalkan ini perlu terus dipelihara agar tidak terjejas oleh sentimen politik sempit,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama wakil rakyat Kuala Penyu yang juga Pembantu Menteri Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Limus Jury serta barisan kepimpinan daerah Kuala Penyu.

Sementara itu, Limus berkata, Pesta Kaamatan tidak terhad diraikan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain (KDMR) saja tetapi turut melibatkan semua kaum yang merupakan kebiasaan budaya sejak dulu lagi.

Advertisement
Katanya, ia seiring dengan tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Untuk Semua’ kerana masyarakat di Sabah tanpa mengira kaum dan agama menyambut semua perayaan diadakan.

“Sambutan Kaamatan menjadi lambang kekuatan dan keharmonian rakyat Sabah yang hidup aman damai serta saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Advertisement
Terdahulu, Joachim turut menyampaikan bantuan pendidikan Yayasan Limus Jury kepada beberapa penerima di majlis itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here