Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa salah guna wang syarikat lebih RM400,000
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa salah guna wang syarikat lebih RM400,000
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan juga boleh didenda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menyalahgunakan harta berjumlah RM431,700.90.

Jonathan Benjamin, yang tampil di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Jonathan didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang syarikat iaitu wang jualan harian berjumlah RM222,776 antara Januari 2023 hingga Disember tahun sama di cawangan restoran KK Garden Seafood, Gaya.

Jonathan turut dituduh secara tidak jujur menggunakan wang syarikat iaitu wang jualan harian berjumlah RM208,924.90 antara Januari hingga Disember 2024 di cawangan restoran KK Garden Seafood, Gaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan juga boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah mencadangkan ikat jamin sebanyak RM4,000.

Advertisement
Peguam Jonathan memohon jumlah jaminan lebih rendah. 

Mahkamah menetapkan 4 Julai sebagai tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (ptcm) dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa kerana cuba mencuri barangan runcit.

Rabsun Saranglali mengaku tidak bersalah atas cubaan mencuri 12 jenis barangan runcit di Servay Jaya, OneBorneo Mall di Manggatal pada 4 Mac tahun ini, jam 5.52 petang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 4 Julai sebagai tarikh ptcm dan menawarkan jaminan sebanyak RM1,800 dengan dua penjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here