Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bunuh: Lelaki terlepas hukuman gantung
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Bunuh: Lelaki terlepas hukuman gantung
Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan pindaan terhadap Seksyen 302, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun kepada pesalah jika tidak dikenakan hukuman mati.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Filipina berusia 45 tahun terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan pada Isnin menukar hukuman matinya kepada penjara 33 tahun dan 12 kali sebatan rotan kerana membunuh rakan senegaranya sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Dr. Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu dan menggantikan hukuman mati ke atas Ismail Rasad selepas mendengar rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Advertisement
Ismail diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Mei 2016.

Pada 17 Januari 2022, Ismail, yang memegang dokumen IMM13, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh Md Adzmar Alex, 19, yang juga pemegang dokumen IMM13, pada jam 11.30 malam, 1 Mei 2016 di Kampung Rampayan, Manggatal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan pindaan terhadap Seksyen 302, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun kepada pesalah jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pesalah lelaki juga hendaklah dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan rotan.

Advertisement
Terdahulu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Ismail memaklumkan mahkamah bahawa surat representasi mereka kepada Pejabat Peguam Negara telah diterima.

Ram merayu agar hukuman mati digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup mengikut pindaan Seksyen 302 Kanun Keseksaan, melalui Seksyen 34 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Advertisement
Ram juga memaklumkan bahawa perayu ditahan sejak 1 Mei 2016, ketika berusia 36 tahun, sambil menambah, pembunuhan itu tidak dirancang serta dia merupakan pesalah pertama kali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here