Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Didenda RM30,000 gagal pastikan keselamatan pekerja
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Didenda RM30,000 gagal pastikan keselamatan pekerja
Siasatan lanjut mendapati kelemahan kritikal dari segi keselamatan di mana selak pintu pendaratan untuk Pengangkut Penumpang No. 1 di Aras 5 (antara Blok 2 dan Blok 4) boleh dibuka dengan mudah dari dalam bangunan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen memerintahkan sebuah syarikat membayar RM30,000 atau 12 bulan penjara kerana gagal melaksanakan langkah kawalan yang mencukupi pada pintu pendaratan bangunan sehingga menyebabkan seorang pekerja kontraktor kecilnya terjatuh dari tapak projek.

CRCG (M) Sdn Bhd melalui wakilnya mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Advertisement
Syarikat itu didapati gagal melaksanakan langkah kawalan mencukupi pada pintu pendaratan bagi pengangkut penumpang untuk mengelakkan mana-mana individu di dalam bangunan daripada membuka selak pintu tersebut sehingga menyebabkan Abdul Jami Isnadi yang bekerja dengan kontraktor kecil CHDY Construction & Trading Sdn Bhd terjatuh ke dalam ruang lif dari Aras 5 bangunan di antara Blok 2 dan Blok 4 di tapak projek terbabit.

Kejadian berlaku antara jam 2.30 petang hingga 3.10 petang di tapak projek bertajuk “Penyempurnaan Kerja-Kerja Tertangguh bagi Cadangan Pembinaan 460 Unit Kondominium di Lot 5, di Sutera Harbour Resort, Off Coastal Highway, Sembulan”, di sini. Kontraktor utama bagi projek ini ialah CRCG (M) Sdn Bhd.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan lanjut mendapati kelemahan kritikal dari segi keselamatan di mana selak pintu pendaratan untuk Pengangkut Penumpang No. 1 di Aras 5 (antara Blok 2 dan Blok 4) boleh dibuka dengan mudah dari dalam bangunan.

Kelemahan ini membolehkan individu mengakses bahagian tepi terbuka, mendedahkan mereka kepada risiko terjatuh yang serius. Selain itu, pintu pendaratan juga tidak mempunyai sebarang papan tanda amaran untuk memaklumkan pekerja supaya tidak membuka atau membuka pintu dari dalam bangunan.

Advertisement
CRCG (M) Sdn Bhd sebagai kontraktor utama gagal melaksanakan langkah kawalan dan sistem amaran sewajarnya, yang menunjukkan pelanggaran serius terhadap protokol keselamatan di tapak projek.

Pegawai Pendakwa Karman Zulitni dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengendalikan pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki warga Filipina berumur 52 tahun yang kini sedang menjalani hukuman kerana memasuki negeri ini secara haram, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap jirannya.

Abdul Rashi membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Abdul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Abidin Painol dengan menetaknya menggunakan parang pada jam 7 malam, 8 April tahun ini di kawasan lapang dekat penempatan setinggan di Taman Intan, Penampang.

Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan tiada jaminan ditawarkan.

Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis tampil untuk pendakwaan manakala Abdul tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here