Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Projek RM62 juta selesai masalah air di Ranau siap Ogos
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Projek RM62 juta selesai masalah air di Ranau siap Ogos
Masidi berkata penubuhan MMF akan menjadi platform penyebar maklumat mengenai pelbagai informasi kepada masyarakat di Ranau, khususnya kawasan Karanaan. - Facebook/Masidi Manjun FANS.
Kota Kinabalu: Masalah bekalan air di daerah Ranau bakal selesai menerusi pelaksanaan projek pembinaan pengambilan air baharu di Sungai Nakamura dengan kos RM62 juta.

Menteri Kewangan yang juga wakil rakyat Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, projek yang telah bermula sejak dua tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini.

Advertisement
“Projek ini melibatkan pembinaan tempat pengambilan air untuk diproses sebelum dibekalkan kepada penduduk daripada lokasi sedia ada di Sungai Liwagu, dipindahkan ke Sungai Nakamura.

“Sebaik siap, air yang diambil di Sungai Nakamura ini nanti akan dirawat di Loji Penapis Air di Kampung Lohan yang seterusnya dibekalkan ke seluruh Ranau,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Masidi Manjun Fans (MMF), di sini, Ahad lepas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas lanjut Masidi berkata, gempa bumi yang melanda Ranau pada 2015 lalu mengakibatkan Sungai Liwagu sebagai lokasi pengambilan air sedia ada, terjejas hingga menyebabkan kandungan air di sungai itu dipenuhi pasir dan batu kerikil. 

Katanya, keadaan bertambah buruk jika berlaku banjir yang bukan saja menambahkan kekeruhan air sungai yang melampau malah menyebabkan penyaluran bekalan air daripada Loji Rawatan Air sedia ada di Ranau terpaksa ditutup.

Advertisement
“Ia terpaksa ditutup terutamanya semasa banjir kerana loji ini tidak dapat memproses air yang diambil di Sungai Liwagu kerana dipenuhi pasir dan baru kerikil serta lain-lain lagi

“Justeru, tidak akan ada masalah air lagi selepas ini kerana selain memastikan bekalan air tidak terganggu, air daripada Sungai Nakamura yang dirawat di Loji Air Lohan ini nanti akan turut menambah kapasiti bekalan air di Ranau,” katanya.

Advertisement
Bercakap mengenai majlis itu, Masidi berkata penubuhan MMF akan menjadi platform penyebar maklumat mengenai pelbagai informasi kepada masyarakat di Ranau, khususnya kawasan Karanaan.

Pada masa sama katanya, masyarakat juga boleh berkongsi maklumat atau pun isu-isu semasa cadangan bagi membangunkan lagi kawasan itu sekaligus memenuhi aspirasi rakyat.

“MMF sebagai platform penyebar maklumat dan menjadi forum bertukar fikiran tentang pelbagai perkara termasuk rungutan atau isu-isu pembangunan yang mungkin kita terlepas pandang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here