Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pempengaruh kongsi pandangan, aspirasi
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
Text Size:
Text:
Pempengaruh kongsi pandangan, aspirasi
HAJIJI bergambar bersama sebahagian pempengaruh yang hadir pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang beramah mesra dan mendengar permintaan serta keperluan pempengaruh di negeri ini sempena program Santai YAB Ketua Menteri Bersama Pempengaruh Sabah 2025 di North Borneo Cruise, di sini, pada Ahad.

Sempena program itu, beberapa pempengaruh berpeluang menyampaikan pandangan dan aspirasi golongan itu bagi mengangkat peranan mereka secara lebih signifikan di negeri ini.

Advertisement
Antara yang dibangkitkan ialah cadangan penubuhan entiti yang bertanggungjawab menjaga dan menyelaras gerak kerja dalam kalangan pengkarya seni di negeri ini bagi mengangkat produk dan karya seni tempatan, selain inisiatif yang disediakan bagi membantu pempengaruh khususnya dalam bidang keusahawanan.

Dalam maklum balasnya, Ketua Menteri menjelaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa melihat keperluan rakyat termasuk golongan seni dan pempengaruh bagi sama-sama membangun negeri mengikut kapasiti masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau menambah, keperluan serta permintaan golongan pengkarya dan pempengaruh akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri bagi mengangkat hasil karya mereka, sekali gus memartabat industri seni di Sabah.

Progran anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar) Jabatan Ketua Menteri Sabah menghimpunkan lebih 70 orang pempengaruh terkenal, sebagai usaha berterusan untuk mendekatkan dan menyemarakkan lagi kebersamaan di antara kerajaan dan rakyat di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here