Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Persatuan Karate Sabah rangkul gelaran keseluruhan
Published on: Tuesday, May 20, 2025
Published on: Tue, May 20, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Persatuan Karate Sabah rangkul gelaran keseluruhan
KONTINJEN SKA pada kejohanan itu.
Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkul gelaran juara keseluruhan dalam Kejohanan Karate Kebangsaan Bawah 14 Tahun, Kadet dan Remaja Kali Ke-33 yang menutup tirainya di Dewan Budaya Penampang pada Ahad.

Mereka meraih 12 pingat emas, 10 perak dan 23 gangsa untuk mendahului carta pungutan pingat, jauh meninggalkan Persatuan Karate Johor di tempat kedua yang hanya mengutip empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa, diikuti Persatuan Karate Kelantan di tempat ketiga dengan tiga emas, empat perak dan satu gangsa.

Advertisement
Pingat emas mereka disumbangkan oleh pasukan kata lelaki dan wanita (kadet & remaja), Razmi Nur Rasyiqah Fariah (kata individu wanita kadet & kumite -54kg), Azlan Amirah Syahindah (kumite individu wanita kadet +61kg), Razmi Nur Radhiah Fathiah (kumite individu wanita remaja -48kg), Ahmat Khairil Iman (kumite individu lelaki remaja -61kg), Lorimer Sierra Dyanne (kata individu wanita Bawah-14), Fernandez King Iona Siew Lin Maria (kumite individu wanita Bawah-14 -47kg), Rajis Danish Rayyan (kata & kumite individu lelaki Bawah-14 -55kg), Eusebius Arthur Braxton (kumite individu lelaki Bawah-14 -45kg).

Bagaimanapun, mereka gagal menaiki podium dalam Kejohanan Senior Kali Ke-43 apabila hanya menamatkan saingan di tempat kelima dengan satu emas, empat perak dan tiga gangsa, di belakang juara keseluruhan Persatuan Karate Johor yang meraih lima emas, satu perak dan satu gangsa, diikuti Majlis Sukan Negeri Terengganu (tiga emas, tiga perak, satu gangsa), Persekutuan Karate Hayashi Ha Malaysia (dua emas, dua perak, tujuh gangsa) dan Majlis Sukan Negara (dua emas, dua perak dan tiga gangsa).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
SKA diwakili oleh 157 atlet termasuk 14 lelaki dan 13 wanita dalam Kejohanan Senior.

Setiausaha Agung SKA, Julian Chin, melahirkan rasa gembira dengan prestasi keseluruhan atlet.

Advertisement
“Ini merupakan pencapaian yang baik untuk atlet-atlet junior kita. Kejayaan ini bukan sahaja hasil kerja keras mereka, tetapi juga hasil sokongan padu daripada jurulatih, rakan sepasukan, keluarga, peminat serta Presiden dan Majlis Tertinggi SKA.

“Masih banyak yang boleh disumbangkan oleh atlet kita kerana kami sedang membuat persiapan untuk Piala Karate Antarabangsa Shureido Ke-4 yang akan diadakan di Jakarta pada Julai,” katanya.

Advertisement
Katanya lagi, sebagai tuan rumah kejohanan kali ini, mereka telah mempelajari banyak perkara dari segi penganjuran dan persiapan atlet.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here