Kota Kinabalu: Pemain tenis lembut Sabah bakal mendapat lebih banyak peluang untuk mewakili negara dalam pertandingan di luar negara tahun ini.
Presiden Persatuan Tenis Lembut Malaysia (MSTA) Dato Shamshuzaman Hj Sulaiman berkata demikian selepas persatuan itu mengadakan mesyuarat majlis tertingginya buat kali pertama di Kota Kinabalu, di sini, pada Ahad.
Menurutnya, tiga pemain tempatan iaitu Jedidiah Kwan Ming Zhe, Jayden Jay Ng dan Lam Bao Long yang berpangkalan di Kuala Lumpur diketuai pengurus pasukan Jennifer Kui Chung Ching akan mengambil bahagian dalam kejohanan Tenis Lembut Antarabangsa Piala China ke-19 2025 yang akan berlangsung di pusat Sukan Taizhou, Zhejiang, China bermula hari ini hingga 27 Mei ini.
Tiga lagi pemain Sabah disamping dua dari Kuala Lumpur mungkin akan dipilih untuk Kejohanan Tenis Lembut Asia yang akan diadakan di Korea dari 13-23 September.
Shamshuzaman juga berkata anak tempatan KK Chin telah dilantik sebagai pemangku setiausaha MSTA sehingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang yang dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur pada akhir bulan depan.
Sementara itu, Chin yang juga setiausaha agung Persekutuan Tenis Lembut Asia Tenggara (SEASTF) memaklumkan SEASTF akan mengadakan Perhimpunan Agungnya semasa Kejohanan Tenis Lembut Asia pada September.
Chin turut mendedahkan bahawa diatelah diarahkan oleh MSTA untuk melakukan tugas lapangan dan menyediakan kertas kerja untuk mengadakan Kejohanan Tenis Lembut Universiti Asia ke-2 yang diadakan di Pusat Tenis Antarabangsa Duta di Kuala Lumpur pada Mac 2026 selepas cadangan awal untuk mengadakannya di Kota Kinabalu tidak dapat diteruskan susulan keadaan gelanggang yang teruk di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.