Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Helah seludup syabu guna pesawat komersil terbongkar
Published on: Wednesday, May 21, 2025
Published on: Wed, May 21, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Helah seludup syabu guna pesawat komersil terbongkar
JASMIN (tengah) menunjukkan syabu yang dirampas.
TAWAU: Helah sebuah sindiket untuk menyeludup syabu bernilai kira-kira RM87,000 yang disyaki untuk pasaran tempatan menerusi pesawat komersil, terbongkar apabila berjaya dikesan di Lapangan Terbang Tawau (LTT) di sini, pada Sabtu.

Dua lelaki ditangkap – suspek pertama seorang lelaki berumur 44 tahun yang berasal dari Perak dan suspek kedua seorang lelaki berumur 21 tahun dari Sarawak.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata polis menemui syabu seberat kira-kira 2.5 kilogram berkenaan hasil pemeriksaan dan soal siasat terhadap kedua-dua suspek.

“Kita juga mengesyaki mereka cuba memperdayakan pihak berkuasa apabila tiba pada masa berasingan dengan pesawat berbeza dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek pertama ditahan pada jam 9.25 malam sebelum suspek kedua turut diberkas kira-kira 50 minit kemudian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, pada Selasa.

Jasmin berkata pemeriksaan terhadap suspek pertama menemukan polis dengan sekeping pas masuk pesawat komersil dan vakum sil yang disyaki untuk membungkus plastik berisi dadah.

Advertisement
Manakala pemeriksaan terhadap beg bagasi suspek kedua pula menemukan syabu yang disembunyikan di dalam kotak biskut, bungkusan plastik mi dan bahan campuran makanan.

“Kita turut merampas tiga telefon pintar, dua beg bagasi berwarna merah dan hitam, sebuah vakum sil dan sebuah botol air daripada kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Jasmin berkata suspek pertama didapati memiliki dua rekod di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta sama.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin.

“Suspek kedua negatif (ujian air kencing) tetapi mempunyai rekod lampau dalam Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (dikehendaki),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau percaya ada sindiket dadah yang mengatur pergerakan kedua-dua suspek berdasarkan corak kedatangan mereka dan helah syabu terbabit disembunyikan.

Menurutnya, modus operandi serupa sudah biasa dilakukan oleh rangkaian sindiket dadah berpengalaman dan polis kini dalam usaha mengesan mereka yang terlibat.

“Mengikut rekod kes-kes terdahulu, sindiket dadah bukan hanya cenderung menyeludup syabu melalui darat dan air ke Tawau tetapi turut menggunakan lapangan terbang (udara),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here