Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Proton Xchange cetus tanda tanya
Published on: Wednesday, May 21, 2025
Published on: Wed, May 21, 2025
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
Program Proton Xchange cetus tanda tanya
Antara aspek positif program ini ialah kenderaan baharu dilengkapi dengan ciri keselamatan moden, mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta menyumbang kepada industri automotif yang lebih mesra alam. - FOTO Bernama untuk ilustrasi sahaja.
LABUAN: Pemilik kereta lama di sini dan di Sabah tertanya-tanya kenapa mereka dikecualikan daripada program perintis Proton Xchange yang dilancarkan oleh pengeluar kereta nasional baru-baru ini, di mana kenderaan berusia 15 tahun ke atas diberi insentif tukar beli tambahan apabila membeli mana-mana model baharu Proton, termasuk kenderaan elektrik Proton e.MAS 7.

Inisiatif tersebut dilancarkan pada 15 Mei lalu di Kuala Lumpur dengan sokongan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi peruntukan RM4.8 juta oleh Proton. Program itu dikatakan terbuka kepada semua pemilik kenderaan di Malaysia tanpa mengira jenama kereta.

Advertisement
“Persoalannya, adakah insentif baharu ini turut terbuka kepada pemilik kereta di Labuan dan Sabah? Syaratnya menyatakan, pemilik kenderaan lama yang dianggap tidak selamat digunakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki mesti mendapatkan Sijil Lupus (Certificate of Destruction, COD) daripada Car Medic Sdn Bhd yang merupakan fasiliti rawatan automotif yang mengendalikan program ini bersama Proton,” kata Jack, pemilik sebuah Proton Wira 2002.

Beliau berkata tawaran itu amat menarik, tetapi disebabkan tiadanya Car Medic di Sabah dan Labuan, kenderaan itu akan perlu dihantar ke semenanjung untuk mendapatkan COD tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini melibatkan kos tambahan, menyusahkan dan juga berisiko sekiranya COD tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin pihak Proton boleh memberi penjelasan bagaimana untuk menyelesaikan dilema ramai pemilik yang mungkin berminat untuk merebut peluang daripada program ini,” katanya. Program ini akan berakhir pada hujung tahun ini.

Kementerian Pengangkutan yang menyokong program ini turut menggalakkan penyertaan dengan menawarkan pengecualian cukai jalan selama setahun kepada pemilik kereta baharu yang diperoleh melalui kaedah ini.

Advertisement
Antara aspek positif program ini ialah kenderaan baharu dilengkapi dengan ciri keselamatan moden, mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta menyumbang kepada industri automotif yang lebih mesra alam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Proton Xchange
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here