Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PRN17: Warisan tanding solo
Published on: Thursday, May 22, 2025
Published on: Thu, May 22, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
PRN17: Warisan tanding solo
Loretto mengesahkan bahawa partinya tidak bersama mana-mana gabungan politik bagi menghadapi PRN ke-17 berkenaan.
Kota Kinabalu: Parti Warisan (Warisan) sekali lagi menegaskan akan bertanding secara solo dengan menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua Jr mengesahkan bahawa partinya tidak bersama mana-mana gabungan politik bagi menghadapi PRN ke-17 berkenaan.

Advertisement
Beliau berkata parti itu sejak awal konsisten sebagai satu-satunya parti pembangkang di Sabah, dan berpendapat gabungan politik bukan jawapan untuk kemakmuran Sabah kerana masa depan negeri itu memerlukan satu gerakan yang tegas dan berteraskan rakyat.

“Parti Warisan sedang giat membuat persiapan menghadapi PRN Sabah. Pendirian kami jelas iaitu gabungan Warisan ialah bersama rakyat. Kami tidak akan terlibat dalam permainan politik yang sedang berlaku, perjuangan kami adalah demi hak dan masa depan rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pilihan raya kali ini adalah tentang memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Sabah dan bukan mereka yang hanya pandai bermain politik,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terbubar automatik pada 11 Nov ini, iaitu penggal itu bermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah selepas PRN Sabah Ke-16, disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020.

Advertisement
Pembubaran DUN Sabah Ke-16 bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here