Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
UG Basketball naib juara di Bandung
Published on: Thursday, May 22, 2025
Published on: Thu, May 22, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
UG Basketball naib juara di Bandung
PEMAIN UG Basketball bersama trofi dan pingat mereka.
Kota Kinabalu: Wakil tunggal Sabah pasukan UG Basketball muncul naib juara pada Kejohanan Bola Keranjang Veteran Evergreen Intercity ke-17 yang diadakan di Bandung, Indonesia dari 14-18 Mei.

Mereka sangat hampir untuk memenangi kejuaraan dalam pertandingan lima hari yang menampilkan 64 pasukan dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand, dimana mereka dikecewakan Kelab Bola Keranjang Ciberon 49-50 dalam perlawanan akhir dan terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua.

Advertisement
Pada pusingan awal, mereka telah mengalahkan NBM Palembang (53-39), Borobudur Basketball Community (50-32) dan Big Brothers Basketball (51-35).

Pasukan yang berpangkalan di Kota Kinabalu itu diketuai oleh pengurus Danny Chin Kim Nyen dan Stewart Yap Vui Kun sebagai jurugambar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua jurulatih merangkap kapten ialah Iverson Wong dengan Hong Tsun Hou sebagai penolong jurulatih serta pemain, manakala anggota lain ialah Allen Chung Soo Khen, Alvin Ng Kin Thao, Joseph Chong Seh Ping, Peter Yong Sing Meng, Andy Chi Hoi Taur, Cliff Chong Cho Lim, Tim Ting Pick Chuan, Khoo Thau Yaw, Janson Teoh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here