PENAMPANG: Linangan air mata pelajar SMK Bundu Tuhan tumpah apabila terpaksa menyerah gelaran juara yang dipegang tujuh tahun berturut-turut kepada SMK Tandek dalam Pertandingan Hiis 2025 Peringkat Negeri di Dewan Koisaan KDCA, pada malam Sabtu.
Pelajar sekolah menengah dari Bundu Tuhan kelihatan sedih selepas diumumkan mendapat tempat kedua. Namun, pengalaman yang mereka timba sepanjang mengikuti pertandingan hiis sejak 2016 memberi banyak pengajaran kepada mereka.
SMK Bundu Tuhan akan sentiasa menjadi kebanggaan kerana pertandingan unik ini melahirkan ramai anak-anak muda daripada masyarakat KDMR di daerah ini yang mampu menuturkan bahasa ibunda mereka.
Paling membanggakan mereka dapat mempelajari Hiis dengan bahasa klasik Dusun yang begitu indah, mendayu-dayu yang menggambarkan kehidupan mereka yang dipersembahkan dengan penuh puitis.
Advertisement





