Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan-kesalahan ini terbongkar semasa Operasi Perangkap Gris Bersepadu antara DBKK dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) pada Isnin.
Advertisement
Advertisement
Katanya, amat penting minyak masak terpakai dari dapur komersial diuruskan secara bertanggungjawab.
“Pemilik juga harus mengelak daripada mengubah suai perangkap gris dan mematuhi spesifikasi yang telah diluluskan.
“‘T-joint’ juga perlu dipasang sebelum saluran keluar dari peranti ini dan tidak sepatutnya disambungkan ke sistem perparitan yang digunakan oleh kedai.”
Jurucakap JPP berkata mereka berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik perniagaan di bandaraya ini mengenai cara pelupusan FOG yang betul.
Dia mengakui agensi berkenaan menghadapi kesukaran dalam menangani gangguan akibat sebuah lurang di lorong belakang Jalan Gaya yang sering melimpah sejak November lalu.
Pemeriksaan awal telah dijalankan di Lorong Bank sejurus masalah itu dikenal pasti, diikuti pemeriksaan susulan pada Mac, menurutnya.
“Kakitangan kami membuka ruang pemeriksaan (IC) bagi lurang bermasalah itu dan beberapa lagi di sepanjang jalan berkenaan. Mereka mendapati air kumbahan melimpah sehingga ke permukaan,” katanya.
“Mereka mula melakukan kerja ‘sewer-rodding’ ke seluruh saluran paip di kawasan bermasalah. Ketulan FOG yang membeku antara benda asing yang dikeluarkan dari kumbahan.
“Kami mengesyaki ada pihak yang membuang minyak masak terpakai ke dalam saluran pembetungan.”
Katanya, salah satu lori tangki Jabatan kemudiannya dihantar ke lorong belakang terbabit bagi menyedut air kumbahan dari ruang pemeriksaan (IC) untuk memberi kelegaan sementara kepada orang ramai di kawasan ini.
“Retakan halus ditemui pada salah satu paip semasa kerja menyedut kumbahan dijalankan. Kerosakan ini mungkin menyebabkan air dari longkang berhampiran memasuki sistem pembetungan.
“Ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa lurang itu terus melimpah sejak sekian lama.”
Jurucakap itu berkata JPP merancang untuk menggantikan saluran paip pembetungan serta memasang IC baharu di bahagian Lorong Bank yterjejas.
“Kami sedang berusaha mendapatkan kebenaran izin lalu daripada DBKK kerana bahagian jalan itu, termasuk kaki lima berdekatan, perlu dikorek untuk kerja penaiktarafan ini,” katanya.
“Jika tiada sebarang halangan, kerja naik taraf ini dijangka siap dalam tempoh maksimum tiga bulan.”






