Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Membakut dalam proses wujud Pejabat Pendidikan Daerah sendiri
Published on: Friday, May 23, 2025
Published on: Fri, May 23, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Membakut dalam proses wujud  Pejabat Pendidikan Daerah sendiri
ARIFFIN (lima dari kanan) bersama penerima bantuan di majlis itu.
MEMBAKUT: Usaha untuk mewujudkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Membakut kini dalam proses bagi mempermudahkan sebarang keperluan berkaitan pendidikan di kawasan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, inisiatif itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan PPD Beaufort.

Advertisement
Buat masa ini katanya, urusan berkaitan pendidikan berada di bawah PPD Beaufort manakala urusan sama bagi kawasan Bongawan yang turut termasuk dalam daerah Membakut, di bawah PPD Papar.

 “Saya juga sudah bawa perkara ini kepada YB Menteri Pendidikan (Fadlinah Sidek) pada mesyuarat Exco Pendidikan sebelum ini dan akan sekali lagi membangkitkannya di mesyuarat sama minggu depan,” katanya elepas merasmikan Semarak Ilmu Dewan Undangan Negeri (Dun) Membakut dan Pelancaran Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan (Bistari), di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bercakap mengenai program itu, Ariffin yang juga Adun Membakut berkata, pelbagai program bantuan pendidikan dilaksanakan di majlis itu melibatkan semua sekolah di kawasan ini.

Katanya, antaranya bantuan beg sekolah di bawah BistariI kepada murid Tahun Satu sekolah rendah, Bantuan Bagus kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sukses, Balkis dan Bisbah bagi semua sekolah di Membakut.

Advertisement
“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kemudahan serta tahap pendidikan di wilayah ini.

“Selain bantuan pendidikan, kita turut sediakan biasiswa kerajaan negeri, Dermasiswa dan banyak lagi bagi membantu anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  

Advertisement
“Usaha murni ini turut melibatkan bantuan zakat pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan termasuk tiket kapal terbang bagi mereka yang belajar di luar Sabah,” katanya.

Terdahulu, penyerahan Anugerah Jasamu Dikenang yang dikhaskan untuk bekas-bekas guru dan Anugerah Pelajar Cemerlang turut diadakan di majlis itu sempena Hari Guru Peringkat Daerah Membakut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here