Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waran tangkap untuk pemandu e-hailing
Published on: Saturday, May 24, 2025
Published on: Sat, May 24, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Waran tangkap untuk pemandu e-hailing
Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pemandu e-hailing berusia 44 tahun yang didakwa memuat naik komen jelik di aplikasi TikTok dengan niat menyakitkan hati orang lain, apabila dia gagal hadir ke mahkamah.

Hakim Amir Shah Amir Hassan mengeluarkan perintah itu terhadap Attad Alamin yang tidak hadir semasa kesnya disebut bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Advertisement
Penjamin-penjaminnya juga memohon untuk menarik diri daripada menjadi penjamin Attad.

Mahkamah menetapkan 24 Jun tahun ini untuk menyemak semula waran tangkap terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Attad didakwa memuat naik komen jelik melalui akaun TikTok miliknya di bawah nama profil Bentanalamin25 dengan niat menyakiti hati orang lain, yang mana hantaran itu dibaca oleh Datu Hishamuddin Datu Hasim di sebuah rumah di Taman Pengakat Besar, Papar. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 April jam 5 petang.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada 15 Ogos 2024, Attad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill A/P Karamjit Singh tampil untuk pendakwaan, manakala Attad tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan kerana mengambil syabu buat kali ketiga.

Leonardo Betis Ganjat mengaku mengambil dadah itu pada 1 Februari tahun ini jam 10.20 pagi selepas ujian air kencingnya didapati positif di Balai Polis Tuaran.

Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau atas kesalahan mengambil dadah.

Selepas menjalani hukuman penjara, mahkamah memerintahkan Leonardo diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here