Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warisan tidak terburu-buru pilih calon untuk PRN17
Published on: Sunday, May 25, 2025
Published on: Sun, May 25, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Warisan tidak terburu-buru pilih calon untuk PRN17
Shafie berkata parti itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru dengan meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.
LAHAD DATU: Parti Warisan akan menggunakan pendekatan strategik dan berasaskan data dalam memilih calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN17) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal berkata penilaian terperinci akan dibuat berdasarkan sokongan dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

Advertisement
Beliau berkata parti itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru dengan meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Sebaliknya kita akan melakukan penilaian teliti berdasarkan akar umbi dan tidak akan didorong oleh emosi atau keinginan ketika membuat keputusan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apa yang lebih penting ialah penglibatan kita dengan rakyat. Jika ada sokongan orang ramai yang kuat dan rakyat mahu Warisan bertanding, maka kita akan bertanding,” katanya selepas Jelajah Presiden Warisan PRN17 untuk Tungku, pada Sabtu.

Dalam jelajah itu, Shafie turut melancarkan jentera untuk Tungku sebagai simbol persiapan menghadapi PRN17 akan datang.

Advertisement
Menurut Shafie, Warisan berpeluang untuk menang dalam pilihan raya jika parti itu bekerja keras.

Shafie turut menegaskan keputusan parti itu untuk bergerak secara solo walaupun wujud pelbagai gabungan menjelang pilihan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here