Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kimberley ungguli Sugandoi Kaamatan Negeri 2025
Published on: Sunday, May 25, 2025
Published on: Sun, May 25, 2025
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kimberley ungguli Sugandoi Kaamatan Negeri 2025
KIMBERLEY (tengah) bersama Farhana (kiri) dan Pasqueletta bersama hadiah masing-masing.
KIMBERLEY Myra Terence, 24, yang mewakili Beluran, mengungguli pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan Negeri 2025 pada pentas akhir yang diadakan di Dewan KDCA, Penampang, pada Jumaat.

Dengan kejuaraan itu, Kimberley membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah tajaan lain.

Advertisement
Ini merupakan tahun pertama hadiah juara dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM7,000 pada edisi terdahulu.

Persembahan Kimberley ketika membawakan lagu Poinsaralom Id Ginawo nyanyian asal Marcellus P. & Ojiey J ternyata berada dalam kelas tersendiri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Farhana Naslyn Suhaili, 20, yang mewakili Tenom, dan Pasqueletta Joan Paulus, 21, dari KDCA Putrajaya pula masing-masing berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Farhana menerima RM7,000 dan trofi, manakala Pasqueletta membawa pulang RM5,000 dan trofi. Kedua-duanya turut menerima tambahan RM2,000 dan sijil selepas memenangi kategori ‘Battle Terbaik’.

Advertisement
Sementara itu, wakil Penampang, Jaymeral Hendry Monis, mengungguli kategori Persembahan Terbaik dan menerima RM1,000 serta sijil.

Ditemui selepas pertandingan, Kimberley menujukan kemenangan itu kepada mendiang bapanya.

Advertisement
“Sebelum ini saya pernah ke peringkat negeri mewakili Kinabatangan pada 2023, namun ketika itu saya gagal ke pentas akhir.

“Kemenangan malam ini saya dedikasikan kepada mendiang bapa saya kerana ini memang impiannya untuk melihat saya menang,” katanya dengan nada sebak.

Kimberley berkata, dia berharap kejuaraan itu dapat melonjakkan kerjaya nyanyiannya.

JEFFREY menyerahkan hadiah kepada Kimberley sambil diperhatikan oleh Pengerusi Penganjur Datuk Evaristus Gungkit.

“Tidak sangka rezeki saya menerima RM10,000 sebab ini kali pertama jumlah hadiah dinaikkan.

“Saya mahu gunakan duit kemenangan ini dengan sebaiknya. Perancangan saya selepas Sugandoi ini ialah untuk keluarkan single dan album sendiri.

“Saya mahu dikenali dengan identiti saya sendiri dan sudah tentu saya harap kerjaya nyanyian saya terus berkembang ke tahap lebih tinggi, bukan saja di peringkat negeri dan kebangsaan tetapi juga antarabangsa,” katanya.

Kimberley menyifatkan kemenangan Sugandoi Negeri 2025 sebagai gelaran kedua terbesarnya selepas menjuarai Bintang Sandakanfm pada 2023.

Walaupun pernah menyertai pertandingan besar lain, dia mengakui tetap berasa gemuruh di pentas akhir malam itu.

“Sebenarnya saya bukan seorang yang berani menyanyi di depan orang.

“Dalam fikiran saya, peserta lain lebih hebat sebab mereka boleh menyanyi lagu bernada tinggi, sedangkan saya sedar saya bukan jenis penyanyi begitu.

“Namun, sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan banyak membantu saya lebih yakin di atas pentas,” katanya.

Finalis lain yang turut bersaing malam itu ialah Keyrolina Roger (Tamparuli), Adza Shazniafira Suhaidi (Tambunan), Norzizi Safira Iddy (KDCA Klang Valley), Briana Ann Marunsai (Kudat), Izniza Kadir (Sipitang) dan Dezelynn Sonny (Telupid). Mereka masing-masing menerima RM1,000 dan sijil.

BARISAN pemenang Sugandoi Kaamatan, Songkotoun dan Dazanak pada malam itu.

Sementara itu, Didymus Hendry Dalus dari Tambunan muncul juara final Sugandoi Songkotoun dan membawa pulang RM3,000.

Hilary Petrus (Tuaran) dan Samuel Joseph (Kota Belud) masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Hilary menerima RM2,000, piala dan sijil, manakala Samuel membawa pulang RM1,000, piala dan sijil.

Hilary turut menggondol kategori Persembahan Terbaik dan menerima tambahan RM500, piala dan sijil.

Bagi kategori Sugandoi Dazanak, wakil Sandakan, Mickglyee Rotherik Petrus dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang RM3,000, piala dan sijil.

Naib juara dan tempat ketiga dimenangi Qistina Izz Zara Robin (Ranau) dan Deanver Xavier Stanley Abel (Tambunan) yang masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000 beserta piala dan sijil.

Wakil Tanjung Aru, Hannaleigh Annavau Suimin pula memenangi kategori Persembahan Terbaik dan menerima RM500, piala dan sijil.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Negeri 2025, merasmikan acara berprestij itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here