Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bersatu tuntut penjelasan Zahid
Published on: Monday, May 26, 2025
Published on: Mon, May 26, 2025
Text Size:
Text:
Bersatu tuntut penjelasan Zahid
Rahimah (kiri) mempersoalkan janji-janji terkini oleh Presiden Umno (kanan) itu yang kononnya mahu menyelesaikan masalah infrastruktur Sabah sekiranya Umno dan Barisan Nasional diberi peluang semula untuk mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.
Kota Kinabalu: Bersatu Sabah menuntut Kerajaan Persekutuan khususnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan status projek tenaga solar hibrid di Pulau Banggi yang dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang beberapa tahun lalu tetapi kini terbengkalai.

Ketua Wanitanya, Rahimah Majid mempersoalkan janji-janji terkini oleh Presiden Umno itu yang kononnya mahu menyelesaikan masalah infrastruktur Sabah sekiranya Umno dan Barisan Nasional diberi peluang semula untuk mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Advertisement
Menurutnya, adalah ironi apabila janji-janji itu datang daripada seorang pemimpin yang kementeriannya sendiri iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bertanggungjawab terhadap kegagalan projek-projek terbabit yang sepatutnya membekalkan elektrik kepada kampung-kampung terpencil di Pulau Banggi.

“Walaupun sudah bertahun-tahun dijanjikan, projek-projek penting ini masih belum siap, menyebabkan penduduk Banggi terus hidup tanpa bekalan elektrik yang stabil, satu keperluan asas yang telah mereka tunggu terlalu lama,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Projek tenaga solar terbabit yang dimulakan antara 2017 dan 2018, sepatutnya membekalkan elektrik kepada Pulau Tanjung Manawali, Pulau Tigabu, Kampung Kok Simpul dan Kampung Selamat di Pulau Balambangan.

Bagaimanapun, hari ini yang tinggal hanyalah peralatan yang semakin rosak dan usang, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang pembaziran wang pembayar cukai berjuta-juta ringgit.

Advertisement
TAPAK projek hibrid solar yang kelihatan terbiar di Kg Selamat.“Selepas lebih 60 tahun merdeka, komuniti ini masih hidup dalam kegelapan. Sampai bila mereka perlu terus menunggu?” soalnya.

Bersatu mahukan penjelasan penuh mengenai status projek berkenaan, sebab-sebab kelewatan, serta pelan tindakan yang jelas daripada Zahid untuk memastikan ia disiapkan.

Advertisement
“Mengapa projek-projek ini dibiarkan? Siapa yang harus bertanggungjawab? Rakyat Banggi mahukan jawapan, bukan lagi janji-janji kosong tentang pembangunan,” tegasnya.

PERALATAN solar dibiarkan rosak di tapak projek di Pulau Tigabu, Bersatu 4.Beliau turut menggesa pemantauan lebih ketat supaya kegagalan sebegini tidak berulang, selain meminta kontraktor yang terlibat dipertanggungjawabkan atas kelewatan itu.

“Jika Kerajaan Persekutuan benar-benar serius mahu membangunkan Sabah, buktikan dengan menyiapkan apa yang telah dimulakan. Pengabaian berterusan hanya menambah derita komuniti luar bandar,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here