Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kaamatan makin hampir, penduduk Labuan harap feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula
Published on: Monday, May 26, 2025
Published on: Mon, May 26, 2025
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
Kaamatan makin hampir, penduduk Labuan harap feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula
Menurut rekod, semasa perayaan utama seperti ini, ratusan kenderaan keluar dari pulau ini bersama ribuan penumpang. - credit: jesseltonpoint.com.my
LABUAN: Penduduk di sini, khususnya komuniti KDM, menaruh harapan tinggi terhadap janji Kementerian Kerja Raya Sabah untuk menyiapkan terminal feri di Jesselton Point menjelang Mei bagi membolehkan perkhidmatan feri yang telah lama dinantikan disambung semula.

Pemimpin KDM, George Elias berkata, “kami berharap kali ini ianya benar kerana jika siap mengikut jadual, ia sangat tepat pada masanya untuk digunakan oleh penumpang dari sini dan Sabah sempena sambutan Pesta Kaamatan akan datang, di mana waktu itu perjalanan antara dua lokasi ini berada pada kemuncak.”

Advertisement
George menambah kewujudan pilihan alternatif untuk ke Kota Kinabalu atau dari KK ke sini dialu-alukan oleh ramai pihak yang sebelum ini berasa tawar hati disebabkan oleh barisan panjang di terminal serta kesesakan trafik di lebuh raya untuk menggunakan perkhidmatan roll-on roll-off.

Menurut rekod, semasa perayaan utama seperti ini, ratusan kenderaan keluar dari pulau ini bersama ribuan penumpang.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here