Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Mikro-Kredential Dapur Digital UNITAR lahirkan 50 graduan komuniti B40
Published on: Tuesday, May 27, 2025
Published on: Tue, May 27, 2025
Text Size:
Text:
Program Mikro-Kredential Dapur Digital UNITAR lahirkan 50 graduan komuniti B40
Majlis graduasi ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang berkongsi penghargaan atas usaha kolektif dalam memperkasakan rakyat melalui pendidikan berteraskan kemahiran.
KELANA JAYA: Kumpulan Pendidikan UNITAR hari ini meraikan satu pencapaian bermakna apabila seramai 50 peserta daripada komuniti B40 berjaya menamatkan Program Mikro Kredential Dapur Digital (Micro-Credential in Cloud Kitchen Management), satu inisiatif yang menyatukan pendidikan, teknologi dan pembangunan komuniti.

Program ini telah dilancarkan pada 5 Ogos 2024, dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia. Inisiatif ini muncul sebagai respon strategik kepada cabaran sosioekonomi golongan berpendapatan rendah, dengan memberi tumpuan kepada pemberdayaan komuniti B40 dalam bidang kulinari digital berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.

Advertisement
PPR Setapak JayaMenariknya, program ini turut menyaksikan kerjasama erat antara UNITAR, Pepper Labs Sdn. Bhd., Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang bersama-sama membina ruang pembelajaran bersifat praktikal dan inklusif untuk para peserta.

Antara yang menjadikan program ini unik adalah penglibatan secara langsung dari lima komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu: PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi, PPR Intan Baiduri, PPR Setapak Jaya dan PPR Wangsa Sari. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Premis awam terpilih di lima PPR ini telah diubah suai menjadi Dapur Digital (Cloud Kitchens) bukan sekadar ruang latihan, tetapi simbol harapan baharu buat komuniti melalui keusahawanan makanan dalam talian.

Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu BakarProgram ini menampilkan 12 modul berstruktur, yang merangkumi latihan dalam pengurusan dapur, keselamatan makanan, pemasaran digital, reka bentuk menu, strategi kos, dan penggunaan teknologi penghantaran makanan.

Advertisement
Majlis graduasi ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang berkongsi penghargaan atas usaha kolektif dalam memperkasakan rakyat melalui pendidikan berteraskan kemahiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai UNITAR dan program-program yang ditawarkan, sila layari www.unitar.my.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
UNITAR
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here