Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Liga Futsal Perdana Malaysia: Sabah FA tundukkan TOT United 
Published on: Tuesday, May 27, 2025
Published on: Tue, May 27, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Liga Futsal Perdana Malaysia: Sabah FA tundukkan TOT United 
AHLI Pasukan Sabah FA.
Kota Kinabalu: Sabah FA menewaskan TOT United 3-2 dalam perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) Divisyen 1 yang diadakan buat pertama kali di Dewan Sri Putatan pada Ahad.

Mereka mendahului dua gol pada separuh masa pertama menerusi pemain import Vitor Da Silva yang menjaringkan gol pada minit ke-6 sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-13.

Advertisement
Pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang empat minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Mulhim Muqri.

Namun, Igor Paulo Silva pantas mengembalikan kelebihan dua gol hanya seminit kemudian, tetapi ia hanya bertahan selama tiga minit apabila Nurasyraaf Mohamad menjaringkan gol kedua pasukannya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Walaupun TOT United berusaha gigih untuk menyamakan kedudukan, Sabah FA tetap kukuh bertahan untuk mengutip tiga mata penuh.

Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat Sabah FA dalam lapan perlawanan yang telah dimainkan. Mereka kini berada di tangga keempat dengan 10 mata.

Advertisement
Perlawanan seterusnya adalah di tempat sendiri menentang pasukan tangga kelima KL City FC pada 31 Mei di Dewan Sri Putatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Shahelmey Yahya turut hadir menyaksikan perlawanan bersama Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Safa, Muhd Rafiuddin Gulistan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here