Kota Kinabalu: Pasukan Gerambeat PS berjaya mempertahankan gelaran juara tarik tali (migazat dukug) dalam pertandingan sukan tradisional sempena sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan di SMK Bahang, Penampang hujung minggu lalu.
Tempat kedua dimenangi oleh Reborn Blue Tiger, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Gerambeat Jr Garagas dan Tagon Tambunan. Bagi kategori wanita, tiga pasukan terbaik ialah KB Town, Gerambeat Ladies, serta tempat ketiga bersama dimenangi oleh Kokup Tawau Ladies dan Dinamik Women Puller.
Sembilan disiplin telah dipertandingkan selama dua hari dan pemenang tiga teratas lain dalam setiap disiplin ialah Firnando Lambuku, Ronald Justinus, Vun Ye Yung (momolositik terbuka lelaki); Anita Joseph, Vivie Victor, Anita Lukas (momolositik terbuka wanita); Mark Gregory Francis, Clovis Christopher, Daniel Gregory (momolositik bawah 17 lelaki); Shine Netasha Ombitoun, Silverius Bernard, Clara Cristopher, Adra Amanda (momolositik bawah 17 perempuan); Osman Nasip-Nabawan, Esmond Ampilah-Kepayan, Raymond Gadakul-Penampang (juara daerah momolositik lelaki); Loulen Sibin, Leong Ai Moi, Syamminthashella Sakiu (juara daerah momolositik wanita); Eustace Anthonius, Mohd Farid Ahmad, Selibi Lodumin (mobpiri terbuka lelaki); Monica Geoffery, Libia Langap, Rita Langap (mobpiri terbuka wanita); Selibi Lodumin, Mintog Herry Gagan, Aldy Boy (rampanau terbuka lelaki); Libia Langap, Rita Langap, Irene Lodukin (rampanau terbuka wanita); Esmond Ampilah-Kepayan, Noraimin Linsuk-Penampang, Ansimin Angkaus-Nabawan (juara daerah monopuk lelaki); Julita Liew-Penampang, Loulen Sibin-Nabawan, Ngsurey Petrus Lojuyo-Kepayan (juara daerah monopuk wanita); Christopher Maikal, Randy Rymond, Korom Ambalir (monopuk terbuka lelaki); Rubinas Sapok, Norhanie Abdullah, Hezjay Hezzel Nafry (monopuk terbuka wanita); Clovis Christopher, Daniel Gregory, Shahreezaazley Rosli (monopuk bawah 17 lelaki); Clara Christopher, Shazleeyatie Rosli, Rhea Joyce Adong Ricko (monopuk bawah 17 perempuan); Johanis Gampad, Lontou Ku Kon Tiam, Climaco Leonard (menandus terbuka lelaki); Eristica Estie Bidi, Loulen Sibin, Libia Langap (menandus terbuka wanita); Jolaidi Mohd Ali, Feranandez Fidelis, Willie Majid (menungkava kalabau terbuka lelaki); Enranita Binson, Olivia Maria Gidugo, Winnie Lukas (menungkava kalabau terbuka wanita); Dinamik Kota Maradu A, Radu, Greg Clan (pasukan campuran sipatu tompulalangoi); Nicolie Amanda Jiral, Vivie Victor, Flavia Fabiana & Nesurey Petrus Lojuyo (mipulos wanita bawah 70kg); Heng Shu Xia, Nezira Petrus Lojuyo, Frecy Pettues & Eristica Estie Bidi (mipulos wanita lebih 70kg); Freiyonson Stel, Jude Liang Jin Jing, Nathaniel Fabian & Feo Jinu (mipulos lelaki bawah 70kg); Gerald, Nathaniel Evander, Jotana Lu & Dave Marvin (mipulos lelaki bawah 18 tahun); Alexander Elikson, Larry Bernard, Elerry Maxwell & Uvansankaran Munady (mipulos lelaki bawah 85kg); Radical Randie Mu, Damsi Abdullah, Ezra Jiol Eric & Nonesty Agandoi (mipulos lelaki terbuka lebih 85kg); Jolly Johnson, Oliver Joseph, Esmond Ampilah & Earl Dominic Gregory (mipulos veteran lelaki); Joffey Jolly, Raymond Wong, Dollie Joe & Jazzien Boezalek (juara antara juara lelaki).
Lebih 2,000 orang menyertai acara itu yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Sukan Sabah, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Kementerian Belia dan Sukan serta KDCA.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Masly Wahip yang turut menyampaikan hadiah.