Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Atex 2025 perkukuh kerjasama pelancongan Asean
Published on: Tuesday, May 27, 2025
Published on: Tue, May 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Atex 2025 perkukuh kerjasama pelancongan Asean
HAJIJI (keempat, kanan) bersama Joniston (ketiga, kanan) dan delegasi selepas kunjungan hormat itu.
Kota Kinabalu: Asean Travel Exchange (Atex) 2025 yang akan berlangsung di sini pada 19 Jun ini bakal memperkukuh kerjasama pelancongan serantau serta menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asean.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima taklimat berkaitan acara berkenaan daripada pemimpin utama industri pelancongan di Menara Kinabalu, Isnin.

Advertisement
Delegasi peringkat tinggi yang hadir termasuk Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan Asean (Fata) Datuk Tan Kok Liang, Presiden Persatuan Pelancongan Asean (Aseanta) Eddy Krismeidi, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Nigel Wong dan Pengarah Polisi Global dan

Hubungan Kerajaan AirAsia Zamani Rafique. Turut hadir dalam taklimat berkenaan Pembantu Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Tan dalam kenyataan sama berkata Atex 2025 menandakan pencapaian penting sebagai acara pelancongan perniagaan kepada perniagaan (B2B) antarabangsa pertama Sabah yang dijangka menarik 200 pembeli antarabangsa dan 100 penjual serantau.

“Acara bersejarah ini akan menjadi platform untuk jaringan perdagangan, sesi dialog dan memupuk kerjasama dalam sektor pelancongan,” katanya pada Isnin.

Advertisement
Acara itu yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah serta pelbagai badan pelancongan dijangka dapat meningkatkan kehadiran Sabah di pasaran pelancongan serantau dan antarabangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here