Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah disalah urus kerajaan terdahulu
Published on: Tuesday, May 27, 2025
Published on: Tue, May 27, 2025
Text Size:
Text:
Sabah disalah urus kerajaan terdahulu
DARI kiri: Adi, Michael, Hanafiah dan Haffisz.
Kota Kinabalu: Walaupun Sabah kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas, perikanan dan mineral yang seharusnya menyumbang pendapatan besar, ia menjadi mangsa salah urus dan rasuah yang menyebabkan ketirisan selama ini.

Kepimpinan politik yang kuat berteraskan moral diperlukan bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan demi memperkukuh tadbir urus yang baik.

Advertisement
“Kita mesti ada (pemimpin, penjawat awam dan rakyat) yang bermoral dan bersahsiah. Barulah semak dan imbang akan berfungsi,” kata Rakan Kongsi Kanan Akauntan Bertauliah di Crowe Horwath, Michael Tong.

Beliau merupakan tetamu dalam episod ke-8 podcast “Sabah Voices to Action” anjuran NGO Sabar-Kopitiam Council yang membincangkan topik Tadbir Urus Baik, Ketirisan & Salah Urus Dana, bersama-sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita ada mekanisme seperti Laporan Ketua Audit Negara. Tetapi jika laporan 2023 hanya dikeluarkan pada 2025, maka sepanjang 2024 tiada sebarang tindakan susulan dilakukan kerana laporan itu belum diterbitkan.

“Secara teknikalnya, jika laporan Ketua Audit Negara yang mengandungi pendedahan tentang pembaziran, salah urus dan juga rasuah dikeluarkan terlalu lewat, maka pengesanan awal dan ketepatan masa untuk membetulkan kesilapan itu telah hilang.

Advertisement
“Malah dari sudut keadilan, keadilan tertangguh adalah keadilan dinafikan.

“Jika terdapat penyelewengan kewangan tetapi tidak dilaporkan lebih setahun, tiada peluang untuk membetulkan kelemahan yang ditemui.”

Advertisement
Michael turut memetik contoh projek Saluran Gas Trans Sabah bernilai RM4 bilion yang dibatalkan, di mana dilaporkan sebanyak 88 peratus nilai projek telah dibayar sedangkan hanya 13 peratus kerja yang disiapkan.

“Laporan tahunan Ketua Audit Negara adalah ‘jamuan’ penuh pendedahan penyelewengan seperti ini.

“Walaupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang merupakan jawatankuasa khas Parlimen telah meneliti kelemahan ini, tidak banyak yang didengar tentang tindakan terhadap pegawai terlibat dalam transaksi berkenaan.”

Menurutnya, cabaran terbesar kini adalah bagaimana untuk menangani ketirisan dan salah urus ini kerana ia boleh menghalang kemajuan serta pembangunan sesebuah masyarakat, yang sepatutnya tidak bertolak ansur dengan rasuah dan pembaziran dana awam.

“Dengan mengambil langkah berani melawan rasuah, memperbaiki tadbir urus dan memupuk pemikiran untuk sentiasa menggunakan sumber secara cekap, kita boleh bina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita dan generasi akan datang,” katanya.

Michael menyokong penubuhan institusi bebas untuk memantau perbelanjaan awam serta melaksanakan audit berkala dan semakan pematuhan bagi memperkukuh tadbir urus serta pengawasan kewangan.

“Terdapat keperluan untuk mempertingkatkan ketelusan dalam semua perolehan dan pemberian projek kerajaan melalui penerbitan laporan secara progresif mengenai penggunaan dana awam, kemajuan projek serta penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengurusan kewangan bagi mengurangkan campur tangan manusia.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here