Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa rogol, cabul anak tiri tahu nasib 19 Jun
Published on: Tuesday, May 27, 2025
Published on: Tue, May 27, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa rogol, cabul anak tiri tahu nasib 19 Jun
Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa merogol anak tirinya dan melakukan gangguan seksual fizikal terhadapnya, akan mengetahui nasibnya pada 19 Jun ini bagi lima tuduhan yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu bagi tertuduh apabila kesnya dikemukakan untuk penjelasan dan sepatutnya untuk keputusan pada akhir pendakwaan.

Advertisement
Bagaimanapun, pihak pendakwaan baru sahaja melihat hujah dikemukakan pihak pembelaan serta memerlukan masa untuk membaca dan kemudian memutuskan untuk menjawab atau tidak.

Lelaki itu menghadapi tiga tuduhan merogol dan dua lagi tuduhan melakukan penderaan seksual.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan 11 bulan itu antara April dan Mei 2023 pada waktu berbeza di dalam bilik tidur sebuah rumah di Tamparuli, Tuaran.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Bagi tuduhan keempat, dia didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak sama dengan meraba payudaranya, memeluk dan menciumnya untuk tujuan seksual pada awal Januari 2021 di dalam bilik air di rumah sama di Tuaran.

Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap kanak-kanak sama dengan menyentuh kemaluannya, meraba payudaranya, memeluk dan menciumnya pada Januari lalu di dalam bilik tidur di rumah yang sama.

Advertisement
Untuk dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungannya dengan kanak-kanak itu, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan.

Pendakwaan memanggil enam saksi semasa perbicaraan yang bermula pada Mei 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Made Iskim manakala peguam Amirul Amin mewakili lelaki itu yang di bawah tahanan reman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here