Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Projek rumah: Wanita didakwa tipu seorang lagi wanita
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Projek rumah: Wanita didakwa tipu seorang lagi wanita
Nur Atiqah didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.
KENINGAU: Seorang wanita berusia 40 tahun didakwa menipu seorang lagi wanita membabitkan wang berjumlah RM82,200 berkaitan projek pembinaan rumah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nur Atiqah Jessica Jukoris selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Flavian Edward Henry pada Selasa.

Advertisement
Nur Atiqah didakwa menipu wanita terbabit berkaitan projek pembinaan rumah di Kg Tudan, Tuaran, yang menyebabkan mangsa melakukan 11 transaksi bank berjumlah RM82,200 ke dalam dua akaun berasingan, iaitu satu atas nama Nur Atiqah Jessica (Maybank), dan satu lagi atas nama PHS Service Enterprise (Public Bank).

Pertuduhan menyatakan bahawa Nur Atiqah berjumpa dengan wanita itu dan dijanjikan bahawa kerja pembinaan akan bermula pada Jun 2024 dan rumah terbabit dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2024, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga laporan polis dibuat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu didakwa berlaku jam 12.30 tengah hari, 8 Mei 2024, di Maily Cafe, Tambunan.

Nur Atiqah didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah membenarkan Nur Atiqah dibebaskan dengan jaminan RM3,000 bersama dua penjamin tempatan dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here