Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Bersatu padu walau berbeza’
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
‘Bersatu padu walau berbeza’
Micheal menyampaikan cenderahati kepada Jonathan diperhatikan Siti Zulaikha Sempena Sambutan Kaamatan Peringkat SK. Paus Ranau.
RANAU: Penduduk di sini digesa bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan, demi mewujudkan masa depan yang cerah dan harmoni untuk generasi akan datang.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, ini penting untuk menjaga kepentingan bersama dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan politik.

Advertisement
“Salah satu contoh amalan yang boleh dibanggakan ialah menyertai acara gotong-royong kampung. Selain itu, sikap tolong-menolong juga merupakan amalan mulia yang boleh menjamin masa depan yang aman.

“Begitu juga dengan sikap masyarakat yang menyambut pelbagai perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan sebagainya. Sikap yang tidak memandang perbezaan antara satu sama lain adalah sangat positif.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya mahu semangat seperti ini berterusan kerana apabila kita berbuat demikian, kita memberi kemenangan kepada semangat perpaduan, kerjasama, toleransi, persahabatan dan kemajuan,” katanya.

Jonathan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Kaamatan SK Paus 2025 di dewan mini Kg Paus Ranau di sini, baru-baru ini.

Advertisement
Beliau memuji dan berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana menganjurkan majlis yang berjalan dengan baik hasil persiapan rapi.

“Elemen tradisi yang ditunjukkan dalam acara ini begitu indah dengan penglibatan pelajar dan ibu bapa sekolah di sini, sekali gus menjadikan acara ini sangat bermakna,” katanya.

Advertisement
Beliau turun mengucapkan tahniah atas pencapaian SK Paus dalam bidang sukan dan sebagainya, menggesa agar kecemerlangan diteruskan pada masa hadapan.

Turut hadir, Guru Besar SK Paus Louis Tayuk, YDP PIBG sekolah, Micheal @ Idrus Gusir serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, merangkap Pegawai Angkat SK Paus, Siti Zulaikha Solubin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here