Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
ECoS perkukuh usaha tingkat kapasiti penjanaan tenaga
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
Text Size:
Text:
ECoS perkukuh usaha tingkat kapasiti penjanaan tenaga
ABDUL Nasser diiringi rombongan dari ECoS dan Sabah Electricity, melawat beberapa stesen kuasa sedia ada dan tapak projek pembangunan tenaga di Pantai Barat Sabah.
Kota Kinabalu: Energy Commission of Sabah (ECoS) telah melaksanakan pemantauan dan penilaian secara menyeluruh terhadap projek-projek tenaga utama di Sabah. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha memperkukuh sistem bekalan tenaga elektrik di negeri Sabah.

Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid bersama rombongan ECoS dan Sabah Electricity telah membuat lawatan ke beberapa stesen janakuasa sediada dan tapak projek-projek pembangunan tenaga di Pantai Barat Sabah.

Advertisement
Antara lokasi yang dilawati ialah Loji Janakuasa SPR Energy, Loji Janakuasa Kimanis Power, Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), Stesen Hidro Tenom Pangi, serta dua tapak projek baru di Kimanis.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap kemajuan projek, memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan teknikal, serta menilai kecekapan operasi loji-loji jana kuasa sediada yang berperanan penting dalam kestabilan bekalan tenaga elektrik di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemantauan rapi ini amat penting bagi memastikan semua projek berjalan mengikut jadual dan dapat meningkatkan kapasiti penjanaan. Kedua-dua projek baru ini akan menyumbang 200MW tenaga dalam rangkaian grid setelah siap,” kata Nasser.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha-usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu bekalan elektrik dan memperkukuh sektor tenaga negeri secara holistik, selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

Advertisement
“ECoS komited untuk memastikan setiap projek tenaga di Sabah dibangunkan dan diuruskan secara cekap, selamat dan mampan. Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan syarikat GLC serta pemain industri adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan projek-projek ini,” tambah beliau.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here