Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Belia pemangkin Sabah Maju Jaya: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
Text Size:
Text:
Belia pemangkin Sabah Maju Jaya: Ketua Menteri
HAJIJI bergambar bersama sebahagian peserta forum.
Kota Kinabalu: Pembangunan belia menjadi salah satu keutamaan dalam pelaksanaan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang selari dengan kerangka

Ekonomi Madani di peringkat nasional, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Beliau berkata, golongan belia bukan sahaja memainkan peranan sebagai penerima manfaat dasar, malah merupakan agen perubahan dan tenaga penggerak kepada pembangunan negeri yang berdaya tahan dan inklusif.

“Pembangunan ekonomi belia bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik. Belia adalah nadi masa depan yang akan mengemudi hala tuju negeri ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru, mereka perlu diberikan ruang, latihan serta peluang untuk menyumbang secara aktif kepada kemajuan Sabah,” katanya ketika merasmikan Forum Ekonomi Belia : “Aspirasi Madani Dalam Membangun Sabah Maju Jaya” di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah pada Selasa.

Hajiji berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM101.49 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi 2025 untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan belia dan sukan, termasuk RM16.75 juta khusus untuk pembangunan modal insan.

Advertisement
Katanya, pelbagai program diperkenalkan bagi memastikan belia Sabah bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa depan, termasuk Program Felo Sabah Maju Jaya yang memberi pendedahan langsung kepada dasar dan pentadbiran kerajaan.

“Melalui program ini, belia akan dibentuk bukan hanya dari sudut pengetahuan tetapi juga dari segi kepimpinan dan nilai kenegaraan, supaya mereka boleh menyumbang secara berkesan dalam pembangunan negeri,” katanya.

Advertisement
Beliau turut menyentuh pelaksanaan program keusahawanan seperti Skim Jaya

Usahawan Belia Sabah (Syabas) yang menyediakan geran, latihan dan bimbingan kepada belia yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Katanya, pembangunan ekonomi Sabah perlu dilihat dalam konteks penglibatan belia secara langsung, khususnya dalam sektor pelancongan, pertanian dan perikanan yang merupakan fokus utama SMJ.

“Potensi besar yang dimiliki negeri ini perlu diterjemahkan menjadi peluang sebenar untuk rakyat, terutama belia. Kerajaan akan terus menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif agar golongan muda tidak hanya menjadi pemerhati tetapi pelaku utama ekonomi negeri,” tegasnya.

Hajiji turut memuji penganjuran forum itu yang bukan sahaja menjadi medan perbincangan, tetapi juga mencipta ruang kerjasama rentas sektor untuk memperkukuh usaha membangunkan belia secara menyeluruh.

Beliau percaya pendekatan bersama melalui sinergi pelbagai pihak akan memastikan bakat dan potensi belia Sabah dapat digilap secara optimum, sekali gus menyumbang kepada agenda pembangunan negeri.

Katanya, kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat amat penting bagi memastikan aspirasi belia dapat diterjemah menjadi dasar yang membawa impak kepada komuniti akar umbi.

“Saya percaya, dengan semangat Sabah Maju Jaya dan prinsip Ekonomi Madani, belia Sabah mampu membina masa depan yang lebih progresif, seimbang dan berdaya saing,” katanya.

Hajiji turut menyarankan agar program seumpama forum ekonomi belia dapat dilaksanakan di daerah-daerah lain di seluruh Sabah agar suara belia luar bandar turut didengar dan diangkat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here