Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
RM1.3 juta naik taraf jeti Pelabuhan Kota Kinabalu
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
Text Size:
Text:
RM1.3 juta naik taraf jeti Pelabuhan Kota Kinabalu
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.3 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jeti Pelabuhan Kota Kinabalu di sini, sebagai prasyarat pemulihan laluan perkhidmatan feri ekspres antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata keterhubungan lebih baik antara kedua-dua wilayah akan mampu menggerakkan lagi pertumbuhan dalam pelbagai sektor, seterusnya menyumbang secara langsung kepada kekuatan blok ekonomi Malaysia Timur.

Advertisement
“Dalam konteks ini, perkhidmatan feri ekspres ini membawa makna besar kerana ia bakal menjadi  pemangkin kepada rantaian ekonomi, sosial dan pembangunan serantau, termasuk mengeratkan lagi jalinan keluarga, urusan harian masyarakat, rantaian bekalan serta dinamika sosioekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Feri Penumpang Kota Kinabalu-Labuan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, di Pelabuhan Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu-Labuan kini kembali beroperasi selepas tiga tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Dr Zaliha berkata pelbagai urusan harian rakyat terutama yang berulang alik dari kedua-dua lokasi seperti pelajar, pesakit, peniaga, dan penjawat awam yang terjejas dalam tempoh itu, turut memberi kesan kepada kesejahteraan serta produktiviti harian mereka susulan kos meningkat dan masa perjalanan lebih panjang.

Advertisement
Bagaimanapun, beliau berkata kini masa perjalanan antara Kota Kinabalu dan Labuan dapat dikurangkan kepada sekitar tiga jam berbanding lima jam sebelum ini.

Beliau berkata lebih 400,000 perjalanan direkodkan melalui laluan laut antara Labuan dan Sabah, iaitu Menumbok dan Sipitang pada 2024 dengan pelbagai tujuan, termasuk pekerjaan, pendidikan, rawatan kesihatan dan urusan keluarga, manakala lebih 145,000 perjalanan direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Advertisement
“Dengan pelancaran laluan ini, unjuran keseluruhan perjalanan laut antara Sabah dan Labuan dijangka meningkat hingga 500,000. Ini akan memberi limpahan ekonomi dan menghidupkan kembali ekonomi pesisir, khususnya dalam sektor makanan, pengangkutan, penginapan dan peruncitan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here