Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perkhidmatan feri Kota Kinabalu-Labuan kembali
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Perkhidmatan feri Kota Kinabalu-Labuan kembali
HAJIJI melawat kawasan jeti selepas menyempurnakan acara.
Kota Kinabalu: Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan kini kembali beroperasi selepas beberapa tahun terhenti semasa Covid-19, sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan laut dan membuka semula laluan penting kepada mobiliti rakyat serta perkembangan ekonomi rentas wilayah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengoperasian semula laluan ini bukan hanya satu langkah logistik, tetapi juga isyarat jelas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Sabah dan Labuan.

Advertisement
“Perkhidmatan ini amat penting kepada rakyat. Ia bukan sekadar laluan perhubungan, tetapi penghubung kekeluargaan, pendidikan, pelancongan dan perniagaan yang telah terjalin sejak sekian lama,” katanya pada Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Feri Penumpang Kota Kinabalu–Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu, pada Selasa.

Menurutnya, gangguan perkhidmatan yang berlaku sebelum ini disebabkan beberapa faktor seperti struktur jeti yang tidak selamat, penarikan subsidi minyak kepada pengusaha serta kesan pandemik Covid-19, yang mengganggu kesinambungan mobiliti rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, sebagai langkah penyelesaian segera, terminal feri dipindahkan dari Jesselton Point ke Pelabuhan Kota Kinabalu, dengan pengurusan operasi kini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pelabuhan Kota Kinabalu.

“Projek ini turut menerima peruntukan RM1.3 juta daripada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi kerja-kerja penambahbaikan. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat termasuk Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Lembaga Pelabuhan-Pelabugan Sabah (LPPS), Kementerian Kerja Raya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kumpulan Suria yang telah berganding bahu merealisasikan inisiatif ini,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata, perkhidmatan feri ini dijangka memberi impak positif terhadap sektor pelancongan negeri, terutama menjelang Tahun Melawat Sabah 2026.

“Ia juga membuka peluang baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara Sabah dan Labuan,” katanya.

Advertisement
Beliau menegaskan bahawa hubungan antara Sabah dan Labuan tidak hanya terbatas kepada aspek geografi, tetapi turut mencakupi sejarah, budaya dan hubungan sosial yang mendalam, menjadikan laluan ini sangat signifikan kepada rakyat kedua-dua wilayah.

Menurutnya, ramai rakyat Sabah bekerja dan menetap di Labuan, dan sebaliknya. Justeru, sambungan semula laluan ini amat bermakna kepada ramai pihak.

Katanya, dengan beroperasinya semula perkhidmatan ini, rakyat kini mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan – sama ada menggunakan laluan udara, jalan darat ke Menumbok atau terus melalui feri ekspres dari Kota Kinabalu ke Labuan seperti sebelum ini.

Hajiji berkata, pelancaran ini menandakan permulaan kepada satu rangka kerja pengangkutan laut yang lebih kukuh, cekap dan lestari, sesuai dengan aspirasi negeri untuk menyediakan kemudahan mesra rakyat dan mesra alam kepada generasi akan datang.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir akibat kekangan logistik, dan pembangunan infrastruktur akan terus dipacu demi kemajuan inklusif. 

Hadir sama, nteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Senator Tan Sri Anifah Aman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here