Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerjasama dengan Pakatan Harapan kekal: Ketua Menteri
Published on: Wednesday, May 28, 2025
Published on: Wed, May 28, 2025
Text Size:
Text:
Kerjasama dengan Pakatan Harapan kekal: Ketua Menteri
“Kita mahu kerjasama. Kita pertahankan sekarang kerajaan GRS-PH. Itu asas kita dan kita telah sampaikan kepada perdana menteri. Jadi, yang lain-lain kita akan berbincang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jeti dan merasmikan pengoperasian semula perkhidmatan feri penumpang Kota Kinabalu-Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini hari ini.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri ketika ini dipertahankan, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata kerjasama antara kedua-dua gabungan parti berkenaan ketika ini akan menjadi asas yang diambil kira dalam menentukan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Advertisement
Beliau berkata perkara itu juga telah disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengumuman rasmi mengenai hasil perbincangan untuk membentuk kerjasama pada pilihan raya berkenaan akan diberitahu kelak.

“Kita mahu kerjasama. Kita pertahankan sekarang kerajaan GRS-PH. Itu asas kita dan kita telah sampaikan kepada perdana menteri. Jadi, yang lain-lain kita akan berbincang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jeti dan merasmikan pengoperasian semula perkhidmatan feri penumpang Kota Kinabalu-Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perbincangan kerjasama antara GRS dengan gabungan dan parti lain pada PRN17.

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah itu berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad berhubung PRN17 memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah masih belum dibubarkan.

Advertisement
“Belum lagi pilihan raya. Bubar (DUN) pun belum. Sabar saja kamu tunggu, nanti diberitahu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan bahawa partinya berhasrat untuk bertanding di 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang, dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Advertisement
Dalam PRN Sabah 2020, Star Sabah bertanding di lapan kerusi dan memenangi enam daripadanya — kadar kemenangan sebanyak 75 peratus, tertinggi dalam kalangan parti komponen GRS ketika itu.

Kemenangan tersebut dicapai di kawasan Bingkor, Tambunan, Paginatan, Liawan, Tulid dan Sook.

Bagaimanapun, beliau mengakui angka itu hanyalah satu aspirasi memandangkan rundingan rasmi antara rakan gabungan masih belum bermula secara menyeluruh.

“Ini perkara biasa dalam politik. Kalau boleh, semua parti mahu bertanding di kesemua 73 kerusi. Tidak salah bagi mana-mana parti untuk menyatakan hasrat masing-masing,” katanya.

Parti seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding di 13 dan 10 kerusi, manakala Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Masiung Banah, membayangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin akan bertanding sekurang-kurangnya 52 kerusi.

“Kerusi-kerusi ini bukan hanya bergantung kepada satu parti sahaja. Kami sedang berbincang dengan PBS, dan juga dalam GRS. 

“Isu ini perlu diselesaikan dahulu sebelum kami berunding dengan parti di luar komponen,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here