Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Jangan pandang remeh usaha perkasakan sastera negara’
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
Text Size:
Text:
‘Jangan pandang remeh usaha perkasakan sastera negara’
JASNI (tengah) bergambar kenangan dengan peserta di majlis itu.
KENINGAU: Usaha memperkasa dan memartabatkan sastera pada pelbagai peringkat di negara ini tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa, walaupun berhadapan dengan rintangan dan cabaran, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.

Katanya, meskipun bidang sastera menghadapi cabaran, terutama disebabkan dasar pendidikan negara yang semakin menyisihkan bidang sastera serta mengutamakan sains dan teknologi, ini tidak bermakna sastera harus diabaikan dan dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan negara.

Advertisement
“Cabaran sentiasa ada di mana-mana dan merangkumi pelbagai bidang, tidak terkecuali dalam bidang sastera. Tetapi tidak bermakna, sastera perlu diketepikan daripada arus pembangunan negara, kerana sastera juga adalah aset dan komponen penting dalam konteks pemerkasaan ekonomi dan perubahan akal budi bangsa,” kata Jasni.

Beliau berkata demikian selepas memberikan bimbingan penulis kreatif cerpen kepada pemegang taruh sastera, pendidikan dan penulisan kreatif di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jasni, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Malaysia berkata, walaupun bidang sastera menghadapi pelbagai ujian tetapi sastera terus tumbuh diperkasakan oleh pelbagai pihak.

“Badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam bidang sastera juga mesti terus aktif menganjurkan pelbagai program, baik pada peringkat institusi pengajian tinggi dan pada peringkat sekolah menengah dan rendah di seluruh negara,” katanya.

Advertisement
Kata Jasni, tidak cukup dengan itu, bidang penerbitan karya sastera juga perlu dimartabatkan pada 2025 dengan lebih banuak judul buku baharu diterbitkan di seluruh negara.

“Hal ini pasti menunjukkan perkembangan sastera terus melonjak tinggi meskipun selalu berhadapan dengan jalan sukar. Pada tahun lalu sahaja, badan Bahasa sendiri menerbitkan 24 judul buku ahlinya. 

Advertisement
“Dijangka jumlah itu akan meningkat lagi tahun ini,” kata Jasni.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here