Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Baloi Keningau tampil warisan budaya unik di Pesta Kaamatan 2025
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
Text Size:
Text:
Baloi Keningau tampil warisan budaya unik di Pesta Kaamatan 2025
Rafie berkata, pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan keanggunan dan keperibadian wanita Kadazandusun, malah mengetengahkan pengetahuan budaya dan semangat perpaduan komuniti.
Kota Kinabalu: “Baloi Keningau” – rumah tradisional yang mewakili identiti dan warisan masyarakat Keningau, bersedia menerima kunjungan orang ramai sempena Pesta Kaamatan 2025 yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang pada 30 dan 31 Mei ini.

Terletak di dalam Koisaan Cultural Village (KCV), Baloi Keningau menjadi antara tarikan utama sambutan tahun ini yang bertemakan “Kaamatan Untuk Semua”. 

Advertisement
Tema ini mencerminkan semangat keterangkuman dan keharmonian, serta menekankan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Pengerusi Badan Penyelaras KDCA Keningau, Rafie Robert, mengajak orang ramai untuk mengunjungi Baloi Keningau dan menikmati keunikan budaya yang dipersembahkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk mengunjungi Baloi Keningau di Koisaan Cultural Village. Ia bukan sekadar rumah tradisi, tetapi lambang warisan dan identiti masyarakat kami. Kaamatan adalah pesta untuk semua, dan kami amat berbesar hati untuk berkongsi budaya ini bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pada 30 Mei, pelbagai aktiviti kebudayaan dijadualkan berlangsung di KCV, termasuk demonstrasi masakan tradisional, pameran kraftangan, serta persembahan tarian dan muzik rakyat. 

Advertisement
Katanya, Baloi Keningau khususnya akan menampilkan persembahan Tarian Etnik Murut Naabai, Tarian Etnik Dusun Lobu, serta persembahan alat muzik tradisional seperti Tongunggu (muzik buluh) dan Sompoton.

Beliau berkata, kemuncak sambutan akan berlangsung pada 31 Mei menerusi Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan, yang menyaksikan penyertaan wakil dari seluruh Sabah dan negeri lain di Malaysia. 

Advertisement
Rafie berkata, pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan keanggunan dan keperibadian wanita Kadazandusun, malah mengetengahkan pengetahuan budaya dan semangat perpaduan komuniti.

“Pesta Kaamatan merupakan lambang kesyukuran atas hasil tuaian serta simbol penyatuan masyarakat pelbagai kaum. 

“KDCA Keningau menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memeriahkan sambutan dan meraikan warisan budaya yang menjadi kebanggaan bersama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here