Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Outreach Ketua Menteri sasar manfaatkan 5,000 usahawan muda
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Program Outreach Ketua Menteri sasar manfaatkan 5,000 usahawan muda
GHANI (tengah) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.
NABAWAN: Program Outreach Ketua Menteri Sabah bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan muda menyasarkan seramai 5,000 usahawan muda akan menerima manfaat menjelang akhir Jun ini.

Menurut, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar) Jabatan Ketua Menteri, Azrul Ibrahim, sejak program ini diperkenalkan pada 2022, seramai 4,100 usahawan muda telah menerima bantuan modal sebanyak RM500 setiap seorang bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan kecil mereka.

Advertisement
Katanya, program ini adalah ilham daripada Ketua Menteri sendiri untuk memastikan majoriti peniaga muda yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di luar bandar dan di pinggir bandar, mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri.

“Setakat ini, seramai 4,100 orang termasuk yang berada di Nabawan ini telah menerima bantuan ini, dan kami sasarkan seramai 5,000 peniaga muda hingga akhir Jun ini,” katanya ketika ditemui pada Program Outreach Ketua Menteri Bersama NGO dan Usahawan Muda Sabah bagi kawasan DUN Nabawan di Kelab Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Ghani Mohamad Yassin.

Seramai 100 usahawan muda di daerah ini menerima bantuan tersebut pada majlis itu.

Advertisement
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) turut berharap agar bantuan seumpama ini dapat memotivasikan usahawan muda di daerah ini untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan mereka.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Nabawan Ag Azuan Pg Hamzah dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here