Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hapuskan duti setem ke atas kontrak pekerjaan: SAPP
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
Text Size:
Text:
Hapuskan duti setem ke atas kontrak pekerjaan: SAPP
Dasar ini, yang tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini, tiba-tiba dilaksanakan tanpa sebarang notis rasmi terdahulu, kata Ketua Penerangannya Chin Vui Kai.
Kota Kinabalu: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Kementerian Kewangan Persekutuan supaya menghapuskan sekali gus pengenaan duti setem dan denda berkaitan ke atas kontrak pekerjaan.

Dasar ini, yang tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini, tiba-tiba dilaksanakan tanpa sebarang notis rasmi terdahulu, kata Ketua Penerangannya Chin Vui Kai.

Advertisement
Menurutnya, tindakan ini telah menimbulkan kekeliruan dan menyusahkan majikan.

Ramai pengusaha, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan keluarga, boleh dikenakan denda kerana gagal disetemkan kontrak pekerjaan dalam tempoh 30 hari, walaupun syarat ini tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun Akta Kerja 1955 memang mewajibkan kontrak bertulis bagi pekerjaan melebihi satu bulan, namun tidak mensyaratkan kontrak tersebut perlu disetemkan untuk dianggap sah,” katanya.

Oleh itu, keperluan duti setem ke atas kontrak pekerjaan bukan sahaja lapuk dan tidak praktikal, malah ia membebankan majikan dan pekerja secara tidak wajar.

Advertisement
“Majikan tidak sepatutnya dikenakan denda secara surut untuk suatu peraturan yang tidak pernah diumumkan dengan jelas atau dikuatkuasakan sebelum ini. 

“Dalam suasana perniagaan yang semakin mencabar, kerajaan seharusnya mengurangkan kerenah birokrasi, bukannya menambah beban, demi membina iklim perniagaan yang stabil dan mesra.

Advertisement
“Kami tidak meminta kelonggaran sementara atau pengecualian kerana musim pilihan raya. Kami menuntut supaya dasar ini dimansuhkan serta-merta dan sekali gus.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here