Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa guna dokumen palsu kerajaan
Published on: Friday, May 30, 2025
Published on: Fri, May 30, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa guna dokumen palsu kerajaan
Pertuduhan di bawah  Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu kerajaan bernilai RM570,000 berkaitan pembekalan kit ujian pantas RTK-Ag Covid-19 tiga tahun lalu.

Zaimih Hammat, yang bekerja sendiri, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan melakukan kesalahan itu pada 17 Mac 2022 di sebuah firma guaman di Lintas Plaza, di sini.

Advertisement
Zaimih didakwa secara tidak jujur menggunakan satu dokumen pesanan kerajaan palsu bernilai RM570,000 seolah-olah ia tulen bagi tujuan membekal dan menghantar 30,000 kit ujian pantas RTK-Ag Covid-19 ke Pejabat Ketua Menteri untuk bulan April, bertarikh 21 Feb 2022.

Pertuduhan di bawah  Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM4,000.

Peguam Hannan Razaini yang mewakili Zaimih memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan seorang penjamin. 

Advertisement
Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 52 tahun didenda RM100 atau tiga hari penjara kerana gagal memberikan penjelasan berhubung wang tunai RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Advertisement
Magret Kundahal mengaku gagal memberikan penjelasan munasabah bagaimana dia memperoleh wang RM5,000 kepunyaan Law Cheng Leh pada 24 Okt 2019, jam 3.45 petang, di sini.

Magret didakwa di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa pengadu menjadi mangsa ‘love scam’ dalam talian.

Dia tidak pernah bertemu lelaki terbabit secara fizikal dan hanya berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Pengadu berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudian mendakwa akan menghantar hadiah kepadanya.

Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku dari syarikat kurier dan meminta bayaran caj pelepasan kastam.

Mengikut arahan yang diberikan, pengadu telah memindahkan RM5,000 ke akaun bank atas nama Magret.

Bagaimanapun, Magret gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai bagaimana wang terbabit boleh berada dalam akaunnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here