Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua maut 4WD jatuh gaung
Published on: Saturday, May 31, 2025
Published on: Sat, May 31, 2025
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Dua maut 4WD jatuh gaung
BOMBA bersedia membawa naik mangsa dari gaung itu.
Kota Kinabalu: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas Isuzu Bighorn yang mereka naiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di sepanjang Jalan Penampang-Tambunan, berhampiran Kampung Moyog, dekat sini, pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan dua mangsa maut itu, berumur 40 dan 49 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Advertisement
“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8.15 malam dan mengerahkan sembilan anggota bersama satu jentera, diketuai komander operasi Mohd Khairul Abd Kohir, ke lokasi kejadian,” kata jabatan itu.

Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Bighorn yang terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam gaung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan bomba bertindak menaikkan semua mangsa yang berada di dalam gaung,” kata jabatan.

Mangsa cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, sementara mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Lokasi terpencil kemalangan memberi cabaran kepada penyelamat kerana tiada liputan rangkaian komunikasi di tempat kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here