Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mesyuarat pantau projek Persekutuan
Published on: Friday, May 30, 2025
Published on: Fri, May 30, 2025
Text Size:
Text:
Mesyuarat pantau projek Persekutuan
EWON (kanan) dan Shahelmey semasa mesyuarat itu.
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, mempengerusikan bersama mesyuarat ketiga Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Bil. 3 Tahun 2025, di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Persekutuan, di sini, Khamis.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Seri Rosli Isa, ketua-ketua jabatan dan agensi teknikal yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan Sabah biayaan Kerajaan Persekutuan yang masih berada pada status pra-pelaksanaan.

Advertisement
Ewon berkata, mesyuarat kali ini menumpu kepada projek-projek tebatan banjir, projek bekalan air dan elektrik, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Katanya, dalam mesyuarat itu pelbagai cadangan intervensi dibincangkan bertujuan memastikan peruntukan pembangunan untuk Sabah dapat dijayakan dan projek dapat dilaksanakan, dengan kerjasama semua pihak supaya rakyat mendapat manfaatnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mesyuarat ini adalah platform penting untuk menyemak status pelaksanaan projek, mengenal pasti kekangan sebenar serta merangka tindakan intervensi agar projek dapat dimulakan dengan segera dan memberi impak tinggi kepada rakyat,” kata Ewon.

Beliau berkata, pelaksanaan Mesyuarat Khas Intervensi sejak awal tahun ini telah menunjukkan hasil positif, dengan banyak isu teknikal dan pentadbiran berjaya diselesaikan lebih cepat melalui libat urus terus antara agensi pelaksana, kementerian dan Kerajaan Negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here