Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kaamatan lambang perpaduan dan khazanah budaya Sabah
Published on: Friday, May 30, 2025
Published on: Fri, May 30, 2025
Text Size:
Text:
Kaamatan lambang perpaduan dan khazanah budaya Sabah
PENAMPILAN finalis Unduk Ngadau Kaamatan 2025.
PENAMPANG: Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan warisan, tetapi menjadi platform penting memelihara budaya, menyatupadukan masyarakat dan memperkasakan peranan wanita sebagai duta budaya Sabah.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, berkata pertandingan Unduk Ngadau kini melangkaui aspek keanggunan semata-mata, sebaliknya berperanan mempromosikan kekayaan budaya dan keindahan negeri secara kreatif serta memberi impak ekonomi kepada komuniti.

Advertisement
“Unduk Ngadau bukan sahaja simbol kecantikan dan keanggunan, tetapi juga pemelihara serta penyampai identiti budaya. Mereka kini menjadi pempengaruh dalam bidang masing-masing, mempromosikan produk tempatan dan menjana manfaat kepada diri dan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Sodop Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr JeffreyJeffrey, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Kaamatan, berkata tema sambutan kali ini, ‘Kaamatan Untuk Semua’, mencerminkan komitmen Sabah dalam meraikan keterangkuman, keharmonian dan kepelbagaian etnik di negeri ini.

“Pesta Kaamatan yang memasuki tahun ke-65 adalah cerminan ketahanan dan kekayaan budaya masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Ia menjadi lambang perpaduan dan khazanah budaya yang harus dipelihara tanpa mengira latar belakang,” jelasnya.

Advertisement
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan Kaamatan termasuk penganjur, sukarelawan, peserta dan masyarakat umum yang terus memelihara nilai-nilai tradisi.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, dan Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Advertisement
Faridah menyampaikan anugerah subsidiari kepada dua peserta Unduk Ngadau iaitu Einnawenda Wenceslaus (Kunak) selaku pemenang Tati Tosuau, dan April Adelaide Agedius (Tuaran) selaku pemenang Tati Topiodo Unduk Ngadau Kaamatan 2025.

Hadir sama, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pengerusi Majlis Wanita Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDCA) merangkap Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Tindarama Datuk Joanna Datuk Kitingan dan Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Dr Mary Gambidau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here