Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Hormati perbezaan untuk ikatan perpaduan lebih kuat
Published on: Friday, May 30, 2025
Published on: Fri, May 30, 2025
Text Size:
Text:
Hormati perbezaan untuk ikatan perpaduan lebih kuat
Bertemakan “Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan”, Hajiji berkata tema ini membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta rakyat untuk sentiasa menghormati perbezaan bagi membina satu ikatan perpaduan yang lebih kuat.

Beliau berkata, ikatan perpaduan akan lebih kuat dan kukuh jika rakyat terus bersatu.

Advertisement
“Justeru, saya menyeru kepada rakyat untuk terus bersama kerajaan sebagai rakan kongsi untuk perkuatkan perpaduan dan mengekalkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kelancaran pembangunan negeri yang tercinta ini.

“Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan Mei bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama tetapi juga untuk menyatakan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun lebih daripada itu, Kaamatan adalah cerminan keharmonian dan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat Sabah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, saling menghormati dan kebersamaan,” katanya.

Hajiji berkata demikian dalam perutusan sempena Sambutan Pesta Kaamatan 2025, di sini, pada Khamis.

Advertisement
Bertemakan “Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan”, beliau berkata tema ini membawa mesej yang sangat mendalam dan inklusif.

“Tema ini jelas menyatakan bahawa Pesta Kaamatan bukan hanya milik satu komuniti, tetapi satu perayaan bersama yang merangkumi semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Advertisement
“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh masyarakat yang meraikannya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here