Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah teroka potensi tenaga haba lautan
Published on: Sunday, June 01, 2025
Published on: Sun, Jun 01, 2025
By: David Thien
Text Size:
Text:
Sabah teroka potensi tenaga haba lautan
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kajian-kajian ini akan disiapkan dalam masa setahun. –Foto: AFP-
KELULUSAN Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan (Otec) 2024 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah (Dun) pada 25 April tahun lalu menjadikan Sabah negeri pertama di Asean yang menghasilkan pelan induk pembangunan Otec.

Berikutan langkah Sabah itu Kerajaan Negeri Sarawak turut mengumumkan minat untuk memperluaskan portfolio sumber tenaga boleh baharu mereka dengan meneroka tenaga terma laut.

Advertisement
Otec ialah teknologi inovatif yang menukar tenaga haba lautan kepada tenaga elektrik. Teknologi baharu ini menjana tenaga yang lebih murah dan mesra alam dengan memanfaatkan perbezaan suhu antara air laut permukaan yang panas dan air laut dalam yang sejuk bagi menghasilkan tenaga bersih.

Berdasarkan kajian Sabah berpotensi menjana sehingga 20,000 megawatt (MW) tenaga elektrik merangkumi 15,000MW di perairan pantai barat dan 5,000MW di pantai timur. Namun pelaksanaan sepenuhnya dijangka mengambil masa sekitar lima tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sabah dikelilingi oleh lautan luas menjadikannya lokasi paling sesuai untuk teknologi ini kerana hasil penyelidikan menunjukkan kawasan tertentu di negeri ini berpotensi menjana sehingga 20,000MW tenaga elektrik yang boleh digunakan untuk menghasilkan hidrogen hijau iaitu sumber tenaga yang sangat diperlukan bagi mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.

Abdul Nasser“Jika kita berjaya membangunkan satu peratus sahaja daripada 20,000MW ia sudah pun 200MW satu jumlah yang besar. Potensi Otec memang sangat besar,” katanya.

Advertisement
Dua kawasan yang dikenal pasti sesuai untuk pembangunan Otec ialah Laut China Selatan di pantai barat dan perairan laut dalam Tawau-Semporna di pantai timur.

Pengambilan tenaga sejauh 15km dari pesisir pantai dilihat sebagai pilihan paling berdaya maju dan mudah dicapai berbanding di kawasan sejauh 100km di luar pesisir.

Advertisement
 Hajiji Noor Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara ini akan membuka laluan kepada pembangunan Otec sebagai sumber tenaga boleh baharu dan menjadi antara inisiatif utama di bawah agenda Ekonomi Biru Negeri yang turut mendapat pujian perdana menteri atas halatuju yang bersifat ‘pencetus perubahan’.

Pembangunan teknologi Otec juga selaras dengan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada September 2023 bagi meningkatkan campuran tenaga boleh baharu serta mengenal pasti sumber dan teknologi tenaga baharu untuk jangka panjang.

Jika berjaya dilaksanakan Otec akan memberi impak besar sebagai penyelesaian tenaga hijau yang mampan dan menjadi rebutan negara-negara seluruh dunia.

Ia akan membantu Sabah dan Malaysia mencapai beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam usaha nyahkarbon dan menambah peratusan tenaga boleh baharu dalam peralihan tenaga negara ke arah sasaran karbon sifar bersih.

Perjalanan ke arah pelepasan karbon sifar bersih ini turut mencetuskan lebih banyak peluang inovasi, kerjasama dan keterangkuman. 

Tiga syarikat Malaysia telah diberi kebenaran untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan selama setahun di perairan laut dalam Tawau-Semporna dan menyerahkan pelan mereka kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) untuk kelulusan dan pelaksanaan.

Satu kajian kebolehlaksanaan awal juga sedang dijalankan oleh Pusat Tenaga Haba Lautan UTM melalui kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi pembangunan projek loji Otec di Sabah.

“Perdana menteri mengakui kepentingan Ekonomi Biru Sabah. Satu seminar juga telah diadakan sebagai susulan untuk mengekalkan momentum itu,” kata Hajiji.

Seminar yang dirujuk ialah “Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah 2024 (Sibec)” yang dianjurkan oleh Invest Sabah, ECoS dan SMJ Energy pada tahun lalu.

“Kami ingin meningkatkan kesedaran tentang Otec dan teknologinya yang sebenarnya bukan sesuatu yang baharu. Ia akan menambah kepelbagaian dalam campuran tenaga boleh diperbaharui kita dan meletakkan Sabah sebagai pusat kecemerlangan yang membawa perubahan besar serta mercu tanda daya tahan lestari menjadikannya destinasi pelaburan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad Dr Firdausi Suffian.

Dr FirdausiBeliau berkata industri ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan langsung asing ke Sabah melalui pembangunan produk hiliran sekunder seperti produk akuakultur laut dan air minuman sekali gus merangsang pembangunan ekonomi untuk menjadikan Sabah kuasa ekonomi utama di Malaysia yang menerajui pemacu ekonomi biru inovatif dan regeneratif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here