Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri komited perkasa sosioekonomi luar bandar: Ketua Menteri
Published on: Monday, June 02, 2025
Published on: Mon, Jun 02, 2025
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri komited perkasa sosioekonomi luar bandar: Ketua Menteri
Hajiji berkata Kaamatan bukan milik satu kaum sahaja, sebaliknya milik semua rakyat Sabah kerana ia mencerminkan semangat muhibah dan keharmonian yang menjadi asas kestabilan negeri ini.
PENAMPANG: Kerajaan Negeri komited untuk mempelbagaikan pendekatan strategik bagi memperkasa pembangunan sosioekonomi luar bandar, termasuk pemodenan sektor pertanian, pelancongan berasaskan komuniti dan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha ini merupakan antara keutamaan utama dalam misi menjana kesejahteraan menyeluruh dan inklusif untuk rakyat di bawah kerangka Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Advertisement
“Komuniti luar bandar mesti terus diberikan peluang ekonomi, sama ada melalui pertanian moden, pelancongan berasaskan komuniti atau latihan kemahiran. Ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan mereka, malah mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Jumaat.

Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata, Lembaga Padi dan Beras Sabah diaktifkan semula bagi menyokong jaminan bekalan makanan dengan meningkatkan tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras tempatan.

“Kita menyasarkan 30 peratus SSL bagi beras menjelang tahun depan dan 60 peratus menjelang 2030. Langkah ini penting untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import dan mengukuhkan bekalan makanan tempatan,” tambahnya.

Advertisement
Beliau turut berkata kejayaan dasar pembangunan Negeri sangat bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Saya yakin hubungan yang kuat dan rapat dengan Kerajaan Persekutuan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan dasar-dasar pembangunan Negeri.

Advertisement
“Ini penting bagi memastikan rakyat Sabah benar-benar mendapat manfaat,” katanya.

Selain itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana sudi hadir dan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan.

Beliau menambah, Pesta Kaamatan tahun ini membawa tema Kaamatan Untuk Semua, Kaamatan For All, Kaamatan Montok Toinsanan, sempena sambutan kali ke-65 sejak ia diperkenalkan secara rasmi pada 1960.

Hajiji berkata Kaamatan bukan milik satu kaum sahaja, sebaliknya milik semua rakyat Sabah kerana ia mencerminkan semangat muhibah dan keharmonian yang menjadi asas kestabilan negeri ini.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan serta Menteri Kabinet Negeri dan Persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here