Advertisement
Langkah permbersihan itu diambil susulan maklum balas bahawa saluran itu tersumbat akibat tumbuhan air.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
“Kami dimaklumkan berlaku banyak mendapan di kawasan ini sejak longkang perumahan di kedua-dua bahagian Lorong Rampai dibina bertahun-tahun lalu,” katanya.
Advertisement
“Pembayar cukai yang membina laluan itu mungkin tanpa sedar telah menghalang aliran air.
“Kami syak serpihan simen mortar mungkin jatuh ke dalam longkang, jika tidak ke dalam pembetung dan mengeras di dasar apabila laluan itu dibina.”
Jurucakap itu berkata Jabatan Kejuruteraan agensi akan dimaklumkan berhubung pemerhatian terhadap laluan konkrit berkenaan serta kemungkinan berlaku mendapan di Taman Selesa.
“Rakan-rakan dari Jabatan Kejuruteraan perlu menentusahkan cara terbaik untuk menambah baik sistem saliran di kawasan perumahan ini.
“Mereka juga perlu memutuskan sama ada longkang tepi jalan ini perlu dinaik taraf.”
Bagi Taman Sepanggar Fasa 2 pula, JPS secara berperingkat telah menjalankan kerja pembersihan parit besar dekat kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.
Jurucakap JPS berkata kontraktor telah menjalankan kerja pengorekan mendapan secara berperingkat sejak April.
“Kontraktor diarahkan memberi tumpuan khas kepada pembersihan tumbuhan air dari saluran keluar longkang,” katanya.
“Dia juga diberi tanggungjawab membersihkan rumput yang tumbuh terlalu panjang di tanah rizab di kedua-dua belah longkang.”
Dia berkata sebuah jengkaut digunakan bagi melancarkan kerja-kerja ini.
Apabila ditanya seberapa kerap longkang itu dibersihkan, jurucakap itu berkata tiada jadual tetap untuk penyelenggaraan struktur terbabit.
“Kami cuba membersihkan longkang di luar kawasan bandar sekurang-kurangnya setahun sekali.
“Jika peruntukan mengizinkan, kerja ini mungkin dapat dilakukan sekali lagi pada tahun sama.”
Katanya, longkang di bawah JPS dalam kawasan ibu negeri biasanya diselenggara sebanyak tiga hingga empat kali setahun.
Jurucakap itu berkata pihaknya menyedari masalah banjir yang berlaku di kawasan Manggatal ini.
“Kami sedang mengenal pasti kawasan-kawasan mudah banjir di sekitar pekan ini.”
Katanya, pihak agensi berharap dapat merangka penyelesaian kepada masalah banjir kilat yang menjejaskan penduduk dan pekerja di kawasan terbabit.
“Satu kajian mengenai sistem saliran di pekan ini perlu dijalankan untuk membantu usaha ini.”






