Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap anak sendiri
Published on: Wednesday, June 04, 2025
Published on: Wed, Jun 04, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap anak sendiri
Disebabkan hubungan dengan remaja itu, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua sebatan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 51 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, tahun lalu.

Lelaki yang tampil di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya pada Selasa.

Advertisement
Bagaimanapun, hukuman terhadap lelaki itu ditangguhkan kepada 5 Jun tahun ini dan mahkamah memerintahkan lelaki itu direman sementara menunggu tarikh itu.

Tarikh itu juga untuk fakta kes dibaca. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu dengan menyentuh bahagian sulitnya pada jam 7 malam, 18 Dis 2024 di sebuah rumah di sebuah kampung di Menumbok, Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Disebabkan hubungan dengan remaja itu, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(1) SOACA yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat sekurang-kurangnya dua sebatan.

Terdahulu, pihak pendakwaan membantah ikat jamin terhadap lelaki itu dengan mengatakan lelaki dan kanak-kanak terbabit tinggal di bawah satu bumbung tetapi jika mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan serta perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali.

Advertisement
Lelaki itu memohon ikat jamin tetapi mahkamah tidak membenarkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Alya melakukan pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here