Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Geng Upik: Kes lima individu ditangguh pada Jun 5
Published on: Wednesday, June 04, 2025
Published on: Wed, Jun 04, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Geng Upik: Kes lima individu ditangguh pada Jun 5
Pertuduhan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan itumembawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Kes membabitkan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk yang didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” ditangguhkan ke 5 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng, menangguhkan perbicaraan pada Selasa susulan perkembangan baharu dalam kes terbabit seperti dimaklumkan oleh pihak pendakwaan.

Advertisement
Lima individu terbabit, Datuk Maslan Sani, 41, Nelson Yen Yee Chung, 46, Zulkahar Dusing, 38, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, sepatutnya dibicarakan bermula Selasa.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” antara 2015 hingga 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan itumembawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Nazran Mohd Sham sebelum itu memaklumkan mahkamah bahawa terdapat perkembangan baharu hujung minggu lalu. 

Advertisement
Menurutnya, pihak pendakwaan dimaklumkan bahawa Nelson Yen sedang mempertimbangkan untuk mengaku bersalah sekiranya pertuduhan alternatif ditawarkan kepadanya.

Pendakwaan juga memaklumkan mahkamah bahawa seorang lagi tertuduh, Mazlan Sani, turut menyatakan kesediaannya untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan sedia ada di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

Advertisement
Oleh itu, pihak pendakwaan perlu mendapatkan arahan dan pengesahan lanjut daripada ibu pejabat, serta membuat persiapan berkenaan fakta dan hujahan untuk hukuman, kata Nazran.

Sehubungan itu juga, pihak pendakwaan mencadangkan supaya mahkamah menguruskan penyelesaian bagi dua tertuduh terbabit pada 5 Jun agar segala arahan dan persiapan yang diperlukan dapat diselesaikan menjelang tarikh itu, antara lain.

Sementara itu, Zulkahar tidak dapat hadir ke mahkamah pada Selasa kerana terlibat dalam perbicaraan kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Tawau pada pagi yang sama.

Kelima-lima mereka merupakan antara 15 individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, pada 18 dan 20 Mac tahun ini, 10 daripada mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif iaitu membantu kumpulan jenayah terancang bagi kepentingan kumpulan itu antara 15 Jun hingga 24 Disember 2023.

Pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan itu ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada 10 individu terbabit selepas menerima surat representasi mereka.

Kesemua mereka ialah Mahathir Jibarail, 49, Mohd Faridzul Asmahadi, 32, Mohd Fikri Asme, 29, Manan Ungok @ Salleh, 52, Mohd Fauzie Rablin, 34, Fazrul Bahar, 33, Shahlan Shah Abdul Samad, 38, Mazlan Mahmud, 49, Alkan Abraham, 36, dan Norsyafilah Pawawoi, 28.

Nazran Mohd Sham dibantu oleh TPR Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzwan.

Nelson Yen diwakili peguam Datuk Ram Singh, Maslan oleh peguam Hamid Ismail, Zulkahar oleh peguam Shahlan Jufri, Rahman oleh peguam Jakariya Ab Jalil manakala Jaisalfian oleh peguam Muhamad Amirul Amin. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here