Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tumpu punca salah guna subsidi LPG: MP
Published on: Wednesday, June 04, 2025
Published on: Wed, Jun 04, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Tumpu punca salah guna subsidi LPG: MP
Vivian turut menggesa kerajaan memfokuskan usaha kepada membanteras kegiatan penyeludupan dan pemindahan gas subsidi secara haram, bukan menambah beban kepada peniaga sah.
SANDAKAN: Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menggesa kerajaan memastikan pelaksanaan penguatkuasaan dasar subsidi gas petroleum cecair (LPG) 14kg, susulan kebimbangan dalam kalangan peniaga kecil. 

Katanya, kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada punca penyalahgunaan subsidi, khususnya aktiviti penjualan semula secara haram dan penyeludupan.

Advertisement
“Ramai pengusaha makanan kecil seperti penjaja di medan selera dan pasar malam bergantung kepada tong gas LPG untuk operasi harian. 

“Oleh itu, sebarang kekeliruan dalam pelaksanaan dasar ini boleh menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu serta membebankan peniaga, lebih-lebih lagi dalam konteks Sabah yang berdepan dengan kos sara hidup lebih tinggi dan cabaran logistik yang jauh berbeza berbanding Semenanjung,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, DAP Sabah menyokong usaha kerajaan membanteras penyalahgunaan subsidi namun menegaskan, tindakan penguatkuasaan mesti bersasar dan tidak boleh bersifat “satu saiz untuk semua” sehingga menyusahkan peniaga kecil, yang hanya menggunakan dua atau tiga tong sehari. 

"Ini bukan sahaja menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka, malah boleh menyebabkan kenaikan harga makanan kepada pengguna,” katanya. 

Advertisement
Beliau menekankan sebarang pelaksanaan dasar perlu mengambil kira situasi sebenar rakyat dan logik operasi harian perniagaan, agar tidak mencetuskan kemarahan rakyat secara tidak sengaja.

Vivian turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mendedahkan data mengenai bilangan pengusaha makanan yang masih menggunakan tong gas bersubsidi (tong oren), dan yang telah beralih kepada tong gas komersial (tong ungu), bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan dasar.

Advertisement
Beliau juga menyokong penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bahawa subsidi untuk tong gas LPG 14kg masih dikekalkan. 

“Penjaja yang menggunakan tidak lebih daripada tiga tong masih layak menikmati harga bersubsidi, dan hanya perlu memohon permit sekiranya penggunaan melebihi had tersebut.

“Saya berharap KPDN dapat melaksanakan dasar ini dengan lebih fleksibel dan turun padang untuk mendengar suara peniaga kecil, terutamanya di negeri seperti Sabah yang luas kawasannya dan berdepan cabaran logistik serta kos sara hidup yang lebih tinggi. Pelaksanaan perlu bersifat setempat dan realistik,” tambahnya. 

Vivian turut menggesa kerajaan memfokuskan usaha kepada membanteras kegiatan penyeludupan dan pemindahan gas subsidi secara haram, bukan menambah beban kepada peniaga sah.

“Membanteras ketirisan adalah tanggungjawab kerajaan, tetapi dasar yang dilaksanakan tidak seharusnya menjadi beban tambahan kepada rakyat. 

“Kami mendesak kerajaan agar menangani isu ini dengan pendekatan yang lebih pragmatik, tepat dan telus demi kepentingan rakyat,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here