Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program lonjak tenaga mahir Sabah
Published on: Wednesday, June 04, 2025
Published on: Wed, Jun 04, 2025
Text Size:
Text:
Program lonjak tenaga mahir Sabah
PEGAWAI ECoS dan pelajar ILTP semasa Program Inspirasi ECoS-ILTP.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah menganjurkan Program Inspirasi Bersama ECoS bertempat di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), sebagai kesinambungan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ECoS dan ILTP. 

Program Inspirasi TVET Angkat ECoS-ILTP, yang diadakan di Kampus ILTP telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid dan bertujuan merapatkan lagi jalinan strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal (TVET) berkaitan sektor tenaga di Sabah.

Advertisement
Menurut Nasser, pengiktirafan ILTP sebagai Institusi TVET Angkat ECoS yang pertama merupakan satu langkah penting dalam membentuk ekosistem tenaga negeri yang mampan dan berdaya saing. 

Program ini juga menjadi medium untuk menyampaikan maklumat tepat mengenai peranan ECoS kepada pelatih yang merupakan bakal tenaga kerja mahir masa depan negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tenaga untuk masa depan bermula dengan anda hari ini,” katanya, sambil menyeru pelatih agar mengambil peluang untuk memahami lebih mendalam tentang realiti industri tenaga serta cabaran dan peluang yang wujud.

Nasser juga mengambil kesempatan melihat perkembangan bagi menaiktaraf program latihan-latihan kekompetenan elektrik dan cadangan tapak bagi program kekompetenan gas.

Advertisement
Melalui kerjasama ini, ECoS dan ILTP akan bekerjasama dalam memperkasa latihan kemahiran dalam bidang tenaga serta memperluas jaringan dengan pemain industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET tempatan.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah JPSM, Zulaikha Jamir.

Advertisement
Dengan pelaksanaan program seperti ini, ECoS yakin bahawa sinergi yang terjalin bersama ILTP akan melonjakkan pembangunan modal insan tempatan dan menyokong agenda pembangunan tenaga Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here