Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RM20 juta bina lebih banyak Tamu Desa di Sabah, Sarawak
Published on: Wednesday, June 04, 2025
Published on: Wed, Jun 04, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
RM20 juta bina lebih banyak Tamu Desa di Sabah, Sarawak
KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) akan membina lebih banyak premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak tahun ini, sebagai usaha meningkatkan kemudahan gerai luar bandar serta memperkasa usahawan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, Kerajaan Madani menerusi Kuskop menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan Projek Pembangunan Premis Tamu Desa tahun ini.

Advertisement
Beliau berkata, ia termasuk tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Program Madani Rakyat (PMR) dijalankan di Tawau bulan lalu.

“Tahun lalu, kita membina dan menaik taraf sebanyak 98 premis Tamu Desa di seluruh Sabah dan Sarawak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tahun ini pula, dengan peruntukan RM20 juta, saya berharap jumlah yang sama atau lebih dapat dibina,” katanya selepas merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Pinasang Tamu Darat dan Pelancaran Premis Tamu Desa Tamu Darat di sini, Isnin.

Menurut beliau, premis Tamu Desa di kampung berkenaan melibatkan kos sebanyak RM250,000 mula dibina sejak penghujung tahun lalu dan dijadualkan siap sepenuhnya tahun ini.

Advertisement
Buat pertama kalinya, kerajaan menerusi Kuskop memperkenalkan Projek Pembangunan Premis Tamu Desa pada 2024, manakala dalam Belanjawan 2024, Kuskop diperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.

Ewon mengulas lanjut, daripada 98 premis Tamu Desa yang disiapkan tahun lalu, sebanyak 14 Tamu Desa dibina di Kota Belud.

Advertisement
“Saya dimaklumkan oleh pimpinan kampung, premis ini memberi manfaat besar kepada penduduk, khususnya golongan ibu dan usahawan kecil yang berniaga setiap minggu.

“Ia bukan sahaja menyediakan ruang yang lebih selesa untuk berjualan tetapi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada hari lain,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, keperluan pembangunan premis Tamu Desa berbeza dan bergantung kepada lokasi serta skop kerja yang ditentukan oleh pejabat daerah, sama ada pembinaan baharu atau naik taraf.

“Kos menaik taraf ada yang memerlukan sebanyak RM100,000 dan ada yang sehingga mencecah RM300,000. Justeru, kementerian akan menyalurkan peruntukan berdasarkan nilai dan keperluan yang dikemukakan oleh pejabat daerah masing-masing,” katanya.

Ewon menambah, sehingga Mei 2025, permohonan untuk bina baharu dan naik taraf premis Tamu Desa di Sabah sahaja mencecah RM40 juta, termasuklah permohonan yang dibawa sejak tahun lalu yang belum dilaksanakan. 

“Jumlah ini belum mengambil kira permohonan dari Sarawak. Walaupun bajet kita terhad, apa yang penting adalah kesinambungan daripada apa yang kita laksanakan tahun lalu.

“Apa yang kita mulakan pada tahun lepas akan diteruskan dan akan diperluaskan pada tahun ini. Saya yakin program ini akan menjadi antara input utama kementerian dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, inisiatif Tamu Desa juga adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memberi perhatian khusus kepada keperluan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selaras dengan agenda pembangunan inklusif negara dan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here